Setelah memohon pelbagai jawatan sejak hujung tahun lepas, masih tiada khabar berita..
UIA, Uitm dan Institut Perguruan tiada jawapan. Kata orang UIA memerlukan org yang power dalam bahasa inggeris dan bahasa arab dan mungkin sebab itulah UIA memilih studentnya untuk bekerja di UIA. Uitm pula dengar dengar takde budget nak ambik pensyarah. Institut Perguruan ISlam Bangi pula katanya hendak memanggilku interview tetapi tiada surat temuduga lagi yang sampai..sabar jela banyak banyak.....
Namun UM tempatku menimba ilmu,akhirnya menerima ku untuk mencurahkan ilmu.Walaupun secara sambilan dahulu, Aku tetap bersyukur,
barulah rasa hidup ini tidak memboringkan dapat mencurahkan ilmu diperingkat pengajian tinggi.
Kalau tidak, berdesing jugak telingaku apabila mendengar orang berkata tentang aku. Mereka kata dah ada MASTER Bahasa Arab dan menulis buku teks bahasa arab KSSR, memang tak layak lagi berada di Sekolah Rendah. Tapi apa boleh aku buat hanya mendiamkan diri. Sudah kuusahakan untuk memohon jawatan pensyarah tetapi Allah belum lagi memanggil ku untuk itu. Walaupun pengalaman ku sebagai Pensyarah Di Kolej TAFE dan pengalaman mengajar di UKM, masih tidak cukup lagi kot untuk aku bertapak di Universiti..
Aku tidak putus asa lagi...hanya doa, solat hajat semoga akhirnya aku dapat hidup dan berkhidmat sebagai pensyarah tetap..
Sebab Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati
-
**
**
*
Fakta Ringkas:
* Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan
Tebing Barat (yang kini dijajah makhluk paling laknat, Is...
6 hours ago
0 komen:
Post a Comment