CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 29, 2010

Find out the TRUTH about McDonald's!

Find out the TRUTH about McDonald's!: "8/10 people said they will never eat McDonalds again after seeing the truth about their food ->

http://TheTruth.McDonalds-Revealed.com

how can they do this legally?"

Saturday, June 26, 2010

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010

Perhimpunan guru guru di Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 26 JUN 2010 bermula pada pukul 8 malam.
Perhimpunan ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.



Setiap orang guru yang hadir akan mendapat cenderahati ini .Terima Kasih MB


Ni nombor tempat duduk Ana, Ana orang yang first sampai sebab naik skuter ,jalan kan jem..huhu.kereta kan masuk workshop sebab accident..seronok gak naik skuter ni.heheh

Thursday, June 17, 2010

Disaat merealisasikan impianku

Kemalangan yang terjadi kepada Ana pada minggu pertama cuti persekolahan, Ana tidak pernah menganggap ianya beban buat Ana, Ana redha dengan segala yang terjadi. Biarkan ianya berlalu namun perjuangan untuk menghabiskan master terus diusahakan walaupun cedera dan kesakitan masih terasa.
Dalam keadaan lutut yang lebam dan kaki bengkak, Ana masih boleh berjalan dan bermalam dirumah fatihah kerana hendak bersamanya ke Universiti Malaya menghantar laporan penyelidikan Ana. Fatihah yang memandu keretanya telah membantu Ana dan membawa ana ke kedai binding untuk hard cover laporan penyelidikan.Sehinggalah sampai ke tangan penyelia Ana
Namun masalah yang ana hadapi lagi apabila pejabat fakulti tidak mahu menerima hard cover laporan penyelidikan Ana. Ana dan Fatihah terpaksa membawa semula ke kedai yang kami binding tetapi dia tidak mahu buat lagi.Ana mencari kedai yang lain yang mahu membuat semula hard cover untuk laporan penyelidikan Ana. Dengan usaha bertanya beberapa buah kedai binding, terdapat sebuah kedai yang menerima untuk membuat semula hard cover untuk Ana. Masa tu ana amat terharu dan bersyukur kepada allah.
Namun begitu, kedai itu juga tersalah buat dan pepagi esok sebelum ana nak menghantar ke pejabat fakulti, Ana dan Fatihah kekedai itu semula.Mujurlah dia sanggup menolong Ana untuk membetulkan kesalahan mukasurat.
Akhirnya barulah kami dapat ke Universiti Malaya dan menghantarnya..

Friday, June 4, 2010

TEAM BUKU BAHASA ARAB THN 1

Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat penilaian 100% di hotel nomad sucasa.Selama 5 hari disana,memang amat menyedihkan kerana kerja kerja dah hampir selesai.( pelik kan,kenapa pula ana harus bersedih)
Ana sebenarnya tidak menyangka dan masih tidak percaya dengan situasi Ana sekarang.begitu susah rupanya untuk menghasilkan buku ini dan akhirnya hampir di penghujungnya,
suatu waktu dahulu bila buat bab contoh,buat je sesuka hati mengikut cara pedagogi dn kreativiti sendiri tapi bilaa buat betul betul,banyak aspek perlu di ambil kire.
Ala kulli hal,Ana berpuas hati kerana dapat membuat dan menyumbangkan idea dalam penulisan Ana.Lagipun buku tu Ana juga yang nak guna untuk mengajar pada tahun depan.Ana pun dah minta komen kawan kawan seperjuangan yang mengajar juga.Mereka puas hati dengan apa yang Ana buat.alhamdulillah,semoga mereka dapat menggunakan buku itu dengan baik.
Gambar di atas adalah gambar team buku bahasa Arab tahun satu KSSR.Sungguh bertuah sekali dapat bekerjasama dengan mereka yg merupakan orang yang hebat belaka.Rasa sayu sebab kami macam dah satu keluarga.semoga dapat lagi bekerjasama dengan mereka.Insyaallah.

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah