CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

BERSAMA PENULIS BUKU TEKS BERPENGALAMAN

Ustaz Rijaluddin adalah nama yang tidak asing lagi.Ana sangat bersyukur dapat berganding bahu bersama Ustaz Rijaluddin dalam penulisan buku teks arab tahun satu KSSR.Banyak yang Ana belajar darinya.Seronok betul rasanya dapat pengalaman seperti ini.
Dalam gambar di atas,Ustaz Rijaluddin,ana dan editor zaida dalam MESYUARAT PENILAIAN PRUF MUKASURAT BUKU TEKS ARAB TAHUN SATU KSSR pada 24,25,26,dan 27 februari yang lalu..
Dr Abdul razak ( DR ARABIC ) juga adalah nama yang tidak asing lagi dalam Bahasa Arab ...Seronok betul dapat bekerjasama dengan mereka.Dr Abdul Razak adalah seorang yang sangat lekar.Tak kering gusi bila mendengar celotehnya dalam mesyuarat.

Thursday, February 25, 2010

Berkatnya bulan kelahiran Nabi Muhammad

Bulan Rabiul Awwal bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Agak sukar untuk menceritakan tentang apa yang Ana rasakan didalam bulan ini.Roh dan perasaan ini datang dari dalam diri Ana. Ana terasa energi keberkatan itu,
Terdetik seketika pabila Nabi Muhammad dibesarkan di perkampungan Bani Saad .Perkampungan itu yang dulunya kering kontang tetapi dengan kehadiran Nabi Muhammad,,berkat dan rahmat yang dibawa mengubah keadaan perkampungan itu dengan kesuburan.Keberkatan itu sukar digambarkan..Namun ana bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi Ana peluang untuk merasai energi keberkatan itu.
Tika ini Ana di Hotel Mandarin Court.Walaupun Esok cuti Maulidurrasul.Ana meneruskan perjuangan dalam mesyuarat penilaian pruf mukasurat buku teks di dewan bahasa dan pustaka.
Sukar untuk menerangkan atau menceritakan pada orang lain pabila diri Ana ditanya bagaimana Ana boleh menceburkan diri sebagai penulis buku teks.Hati Ana je berkata kata bahawa ana memang minat menulis sejak 9 tahun yang lalu.ITULAH CITA CITA ANA SEJAK 9 TAHUN YANG LALU.AKHIRNYA ALLAH MAKBULKAN.. Gambar di atas sewaktu mesyuarat penilaian pertama dengan bahagian bukut teks kementerian di Hotel Quality Shah Alam.Dr Abd Razak( penulis) ,Rozlin(pelukis grafik) dan Zaida(editor) merupakan sahabat perjuangan dalam menghasilkan buku teks arab tahun satu KSSR.Doakan kami,Semoga Allah memberikan yang idea yang terbaik untuk kami curahkan pada anak anak generasi kini.Amin

Saturday, February 13, 2010

BIARLAH KERJA ANA KERANA ALLAH

MEMANG AMAT MELETIHKAN OTAK BILA BEKERJA TANPA INGATAN PADA MU YA ALLAH.
ANA CUBA MENGINGATKAN DIRI ANA SUPAYA BEKERJA KERANA ALLAH. CINTA PADA ALLAH MEMBUATKAN PANDANGAN MANUSIA YANG ALLAH CAMPAKKAN KEPADA KITA AKAN NAMPAK BAIK KESEMUANYA..
BETUL KE NI.INI TEORI DAN FALSAFAH ANA JE KOT..HUHU
BUKAN APA..DISEBABKAN ANA SELALU LALAI SEKARANG NI BILA ASYIK INGATKAN KERJA AJE.BIARLAH KERJA ANA IKHLAS KERANA MU YA ALLAH..

Saturday, February 6, 2010

Belajar dari Pengalaman baru

Bukanlah niat dihati untuk memberhentikan penulisan tentang diri ini di blog yang agak peribadi jugaklah sebenarnya..huhuhu
Tetapi tengah sesuai kan diri dengan pengalaman baru sebagai penulis buku teks ni..Satu pengalaman yang kadang kadang bila diingatkan semula,memang terasa melucukan.Ana tertawa seorang diri.Pertama kali dalam mesyuarat dengan panel penilai yang tak pernah sepanjang hayat Ana rasai suasana begitu.Semua nya memberi pengalaman baru buat Ana.ana terus belajar dan belajar dan berfikir..

Dr Abd Razak tanya pada Ana,,Ustazah tak pernah ke masuk bengkel camni..huhuhu.Ana jawab memang Ana tak pernah.Kat Mesir dulu pun sewaktu belajar disana,,tiada situasi seperti ini..

Melalui pengalaman baru ini,Ana cuba mengubah diri supaya lebih kuat dan lebih berani..lebih garang boleh tak???huhuhu

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah