CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 14, 2009

apa makna dan maksud USTAZ???

Masa HAri guru 16 MEI yang lalu,Ana bertanyakan DR MIR HAZIL tentang apa makna dan masud USTAZ.Ana dah lama tercari cari maknanya dalam bahasa Arab dan akhirnya inilah jawapan dari Dr Mir Hazil.
SILA BACA YER,

JAWAPAN sy UNTUK SOALAN : MAKSUD USTAZ..
Huh.. sebenarnya saya juga pernah tertanya-tanya persoalan ini suatu masa dulu. Ada berbagai versi jawapan yang ditemui. Setahu saya, perkataan ‘ustadz’ tiada dalam al-Quran..Setahu saya..perkataan ‘ustadz’ (ejaan arabnya أ, س, ت, ا, ذ ) ini berasal dari bahasa FARSI (Irani). Banyak perkataan-perkataan farsi telah menular masuk ke bahasa arab suatu masa dahulu. Ia adalah gelaran untuk cikgu (teacher).
Ada juga perbahasan yang mengatakan ia berasal dari bahasa Sepanyol (Spanish) “USTED” yang umumnya adalah ‘kata ganti-nama ke tiga’ seperti ‘dia’ atau ‘mereka’ yang boleh merujuk kepada lelaki atau perempuan (umum). Sejarahnya dikatakan perkataan ‘usted’ ini berasal dari perkataan Sepanyol tua – “Vuestra Merced” bermaksud ‘Yang Pengasih’. Kata ‘vuestra’ ini kemudiannya disebut ‘Vested’ hingga akhirnya menjadi ‘Usted’ (dimana dahulunya huruf ‘v’ dan ‘u’ adalah sama dalam bahasa mereka). Ada yang berpendapat terdapatnya ambilan perkataan-perkataan arab atau farsi ke dalam bahasa Sepanyol Tua. Namun, perbahasan ini agak lemah kerana tiada bukti jelas menyokong fakta tersebut. Mungkin sebutan kata ‘usted’ dalam bahasa Sepanyol ini kebetulan sama dengan kata ‘ustadz’.
Pendapat mengatakan asal kata ini dari FARSI punya kekuatan sejarahnya. Malah perkataan ini masih digunakan di Negara tersebut juga di Negara Arab. Maksud dikedua-dua Negara adalah sama iaitu : cikgu atau guru. Malah, dalam bahasa Farsi, ‘ustadz’ merujuk kepada guru di universiti atau secara tepatnya professor. Status cikgu atau pensyarah dan professor jauh berbeza. Profesor adalah ‘tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya di universiti. Mereka adalah insan yang tahu secara mendalam akan sesuatu bidang yang mereka kuasai. Bukan hanya penyampai wacana bidang tersebut, mereka adalah PAKARNYA. Maka, status atau gelaran ‘ustadz’ ini tinggi martabat atau duduknya.
Di Malaysia ‘ustaz’ merujuk kepada guru agama. Malah kata ini di ‘muannaz’ (merujuk kepada perempuan) menjadi ‘ustazah’ bagi merujuk guru wanita yang mengajar agama.
Seperti perbincangan tentang perkataan artikel ‘guru’ yang lalu, kata ‘ustadz’ ini juga pada hemat saya telah sedikit ‘dimurahkan’ martabatnya.
Sempat juga bertanya kepada sahabat saya al-ustadz Mohd Gunawan Aziz, Antara jawapan beliau: Kata ‘Ustadz’ adalah kalimah khusus yakni (baca:iaitu) ia bukan kalimah terbitan dari mana-mana kalimah akar. Contoh kalimah terbitan adalah seperti kata ‘mualim’ yang kalimah akarnya adalah ‘alima. Ia digunakan sebagai ‘gelaran’ yang disandarkan (diberikan) kepada orang yang mengajar apa jenis ilmu sekalipun, samada khusus atau tidak JUGA berkaitan agama atau tidak. Oleh kerana itu, gelaran ini jarang digunakan di Negara Arab untuk merujuk kepada ‘guru agama’. Di Arab, gelaran ini amat terkenal digunakan untuk cikgu sekolah awam rendah dan menengah termasuklah cikgu muzik. Cuma di Malaysia, gelaran ini lebih ma’ruf untuk guru aliran agama.
wallahualam…
alfakirmaster G

1 komen:

dZamie said...

salam..nice artikel..myk share..

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah