CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 6, 2009

PERINGATAN BUAT DIRI ANA YG LEKA

Tahukah KITA,,Allah SWT berbangga setiap kali para hambaNya bertaubat padaNya. Menyesali dosa dan noda yang telah dilakukan.Dan Allah menerimanya sekalipun dosa itu menggunung tidak terhitung!Bukankah Pengampunan Allah itu lebih besar dari kemaksiatan yang telah dilakukan oleh hambaNya?

Berkata Imam Syafie di dalam syairnya:

Maksudnya : Dosaku adalah besar sejak dulu dan kini. Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar dan lebih mulia.Tidak cukupkah dengan harapan dan penenang yang akan diperolehi oleh mereka yang berdosa apabila menatap bait-bait syair yang mulia ini?Bahkan Ibnu Abbas meriwayatkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :Ketika bertaubatnya seorang hamba, Allah terus menerimanya dan melupakan Malaikat Hafazah akan keburukan yang telah ditulis,melupakan anggota badannya dari kesalahan yang telah dibuat serta melupakan bumi dan langit sebagai pentas dosanya agar dia datang di hari Kiamat nanti tanpa ada seorang makhluk pun yang menyaksikan apa yang telah dilakukannya."Subhanallah!..Berusahalah agar kita menjauhi sangkaan yang berpanjangan.Sebaliknya, berilah harapan dan penenang buat diri dan jua mereka.

Bukankah Syeikh Ibnu A'thoillah telah menyebut di dalam Alhikamnya

Maksudnya : Maksiat yang akhirnya menimbulkan rasa hina diri dan memerlukan Rahmat Allah adalah jauh lebih baik dari taat yang membangkitkan kesombongan, ujub dan takabbur.Oleh itu..berilah harapan dan jadilah penenang. Ia adalah sunnah yang mula dilupakan...

0 komen:

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah