CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

BERAMALLAH DIBULAN REJAB

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 June 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430h/Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sunday, June 21, 2009

abah,jgn menangis lagi,hari ni hari lahir arwah mama

Pada suatu pagi

Ana : Abah! Malam tadi Ana mimpi arwah mama memanggil dan mengajak Ana
mengikutnya.Mungkin sudah tiba masa nya Ana meninggalkan dunia ini agaknye.

Abah Ana terus menangis.

Abah: Jangan mati..Nanti Abah nak dok dengan saper???????

Ana : Adik adik ada,Abah dok lah dengan adik adik.

Abah Ana terus menangis.Ana mula rasa bersalah kerana Ana hanya mengusiknya sahaja.Dia terus menangis dan Ana terpaksa memujuknya.Abah termenung mengenang nasibnya sekiranya Ana tiada didunia ini lagi.

Thursday, June 18, 2009

ANA DAH KEMBALI KESEKOLAH,SERONOKNYE

ALHAMDULILLAH,DAH MASUK 5 HARI ANA KEMBALI MENGAJAR DI SEKOLAH.SERONOK CERI GEMBIRA WALAUPUN SIBUK.TERUBAT RINDU BILA BERTEMU MURID MURID WALAUPUN KERIUHAN DAN KEBISINGAN MULUT MEREKA.PENUH DENGAN PUJIAN KEPADA ANA.HEHE.SUKENYEEEE..

MAKA BERMULALAH PERJUANGAN ANA.MENYIAPKAN TUGASAN ELAPORAN,MENANDA KERTAS UJIAN JAWI,DAN PELBAGAI LAGI TUGASAN DISEKOLAH..

CUMA ANA SEDIKIT TERKILAN KERANA TIDAK SEMPAT NAK SOLAT DHUHA SEPERTI WAKTU CUTI SEKOLAH.APAKAN DAYA.ANA TERPAKSA MENGGANTIKANNYA DENGAN MEMBACA ALQURAN.BAGAIMANA AGAKNYA YA ALLAH ,ANA NAK BERJUMPA MU PADA WAKTU DHUHA NIIIIIIIIII..TOLONGLAA YA ALLAH.

Thursday, June 11, 2009

Andai ingin berubah,mengapa biar diri dibelenggu dosa


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seseorang yang merasa dirinya amat bagus dan riak dengan kebagusannya, sebenarnya dia baru saja memberitahu orang lain satu petanda yang dia orang yang tak bagus untuk dijadikan seorang kawan, juga tak berapa bagus untuk mengekalkan tahap kebagusannya”.

Tuesday, June 9, 2009

SELAMAT HARI BAPA UTK ABAH YG DISAYANGI

ABAH,

Dalam dunia ni Ana hanya ada Abah jek lagi..Ya Allah panjangkan lah umur Abah Ana,MOHD SALLEH HASHIM.

Sekiranya Abah dah takde kat dunia ni,maka Ana keseorangan kat dunia ni,Ya Allah.
Abah selalu melayan Ana dengan baik di rumah ini,Kami hanya berdua berkongsi cerita.

21 JUN ,Hari Lahir Arwah MAMA.Biasanya mesti Ana sekarang sedang menyediakan hadiah untuk MAMA.Hari LAhir terakhir MAMA di dunia,Ana berikan hadiah handfon kamera.

Saturday, June 6, 2009

PERINGATAN BUAT DIRI ANA YG LEKA

Tahukah KITA,,Allah SWT berbangga setiap kali para hambaNya bertaubat padaNya. Menyesali dosa dan noda yang telah dilakukan.Dan Allah menerimanya sekalipun dosa itu menggunung tidak terhitung!Bukankah Pengampunan Allah itu lebih besar dari kemaksiatan yang telah dilakukan oleh hambaNya?

Berkata Imam Syafie di dalam syairnya:

Maksudnya : Dosaku adalah besar sejak dulu dan kini. Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar dan lebih mulia.Tidak cukupkah dengan harapan dan penenang yang akan diperolehi oleh mereka yang berdosa apabila menatap bait-bait syair yang mulia ini?Bahkan Ibnu Abbas meriwayatkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :Ketika bertaubatnya seorang hamba, Allah terus menerimanya dan melupakan Malaikat Hafazah akan keburukan yang telah ditulis,melupakan anggota badannya dari kesalahan yang telah dibuat serta melupakan bumi dan langit sebagai pentas dosanya agar dia datang di hari Kiamat nanti tanpa ada seorang makhluk pun yang menyaksikan apa yang telah dilakukannya."Subhanallah!..Berusahalah agar kita menjauhi sangkaan yang berpanjangan.Sebaliknya, berilah harapan dan penenang buat diri dan jua mereka.

Bukankah Syeikh Ibnu A'thoillah telah menyebut di dalam Alhikamnya

Maksudnya : Maksiat yang akhirnya menimbulkan rasa hina diri dan memerlukan Rahmat Allah adalah jauh lebih baik dari taat yang membangkitkan kesombongan, ujub dan takabbur.Oleh itu..berilah harapan dan jadilah penenang. Ia adalah sunnah yang mula dilupakan...

Thursday, June 4, 2009

RINDUNYEE KAT MURID MURID ANA

DAH NAK HAMPIR SEMINGGU CUTI SEKOLAH,TERNGIANG NGIANG DI TELINGA SUARA MURID MURID ANA TUUUU
RINDUNYER PADA MEREKA..MEREKALA PENGHIBUR HATI..
ALANGKAH SERONOKNYE KALAU WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TIDAK PADAT..
MAKSUD ANA HARI NI MENGAJAR DAN BELAJAR
ESOK CUTI DAN LUSA MENGAJAR DAN BELAJAR
SELANG SELI LAA KAN...BARULAH ILMU TU DAPAT DITERIMA SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
TIDAKLAH ILMU TU PERLU DISUMBAT DALAM KEPALA SEPENUHNYA SEHARIAN..
HEHEHHE
APA PENDAPAT ANDA??????????

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah