CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 19, 2009

Sambutan Hari Guru Isnin 18 Mei


Bagi Ana,sambutan Hari Guru pada tahun ni takdelah semeriah seperti tahun tahun sebelumnya.
Bila menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dihadapan perhimpunan,Ana rasa dah menyanyi sekuatnya tapi kenapa tak semeriah dulu..Mungkin sebab ada si EHSAN tu kot yang buat Ana menyampah..
Selepas selesai ikrar,menyanyi dan persembahan,,murid murid mencari guru yg mereka sayangi untuk memberikan hadiah.Tetapi Ana nampak ianya tidaklah semeriah dulu..Kalau dulu,guru kelas yang paling banyak dapat hadiah dari murid dan tak cukup tangan untuk angkat hadiah hadiah mereka tapi tahun ni taklah seperti tahun tahun sebelumnya..Mungkin sebab ada si EHSAN tu kot..hehehe.beginilah hati kalau dah menyampah..Cuba buat BODO jer la.
Yang Ana terharu bila Ana dapat hadiah dari murid Tahun 6 yang tak pernah Ana ajar.Cute pulak tu hadiahnya sharpener beserta dengan frame gambar bentuk love.Ada seorang lagi murid tahun 2 yang bagi frame gambar kat Ana..Seronok ni..Bolehla Ana letakkan gambar pakwe yang akan datang.heheheh.gurau jer..
Lagi yang menyentuh perasaan Ana apabila murid tahun satu menghadiahkan kain tudung IKIN pada Ana.Kad ucapan dari nya iaitu Najid Iqbal tahun 1 Bestari menyentuh perasaan Ana.Pandai betul dia menulis SIAPALAH DIA TANPA USTAZAH..Ana pun peluk cium dia kerana Ana amat menyayangi murid murid Ana.
Makanan pun dapat jugak..Biskut Chipsmore satu tin dan coklat..Bestnyeee..

TERIMA KASIH ANAK DIDIK ANA YANG DISAYANGI

0 komen:

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah