CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

PETIKAN DARI BLOG RASHIDYJAMIL

Syarat-syarat yang tulus dan Qudus :

Pertama : Cinta Pada Allah.
Kedua : Cinta Pada Rasulullah SAW.
Ketiga : Cinta Pada Ibu Bapa.
Keempat: Cinta Pada Diri yang dijaga dari kealpaan dan kebinasaan.

Membicarakan tentang Syarat Cinta di atas, mengingatkan saya kepada kisah seorang Al-Arif Billah, Hatim Al-Asom yang telah bertanya kepada muridnya, Al-Balkhi tentang manfaat yang telah dicapainya sepanjang Al-Balkhi menuntut ilmu dengannya.

Kata Hatim Al-Asom :"Wahai Al-Balkhi, sudah berapa tahunkah kamu bersamaku menuntut ilmuNya dari ku?"

Maka Jawab Al-Balkhi : " 33 tahun wahai guruku."

Bertanya lagi Hatim pada Al-Balkhi : " Lalu apa yang telah kamu perolehi sepanjang 33 tahun bersamaku?"

Jawab Al-Balkhi : " Aku telah mendapat 6 perkara darimu."

Terkejut Hatim!Lantas ia berkata : " Subhanallah! 33 Tahun kamu bersamaku..hanya 6 perkara yang kamu dapat wahai Al-Balkhi?". "Baiklah, kita lupakan soal masa yang panjang itu tapi ingin sekali aku mengetahui darimu, apakah 6 perkara yang telah engkau dapati itu?"

( Saya ringkaskan di sini ) .... Antara yang disebut oleh Al-Balkhi ialah : " Aku melihat manusia yang berkasih sayang dan bercinta itu, mereka pada akhirnya akan berpisah dengan kematian. Maka di saat itu mereka akan saling melupakan. Sedang aku mengetahui bahawa kekasih dan peneman setiaku di alam barzah ialah amalanku. Maka aku menjaga amalanku itu sebaik mungkin dengan mentaati Allah, Rasulullah SAW, ibu bapa dan menjaga diriku dari alpa."

Syarat-syarat inilah yang menjadi asbab kejayaan bagi setiap insan.
Dan seperti yang kita (mereka yang memiliki hati yang jernih dengan Nur Taqwa) tahu, kejayaan yang hakiki ialah kejayaan mentaati Allah dalam setiap hembusan dan tarikan nafas kurniaanNya ini.

HARI INI HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Smalam baru ana bercerita tentang rokok yang Ana tak tahan sangat dengan baunya. (Allah sahaja yang tau )
tetiba hari ini dalam suratkhabar KOSMO Muka depan PEROKOK PALING DIBENCI..Takkanlah kita nak hormatkan pendirian dan hak orang yang merokok lagi kot..sehingga mengganggu ketenteraman dan keselesaan orang awam..
Kementerian Kesihatan pun dah bertindak tegas..Maka Ana seru pada para perokok..TOLONGLAH CUBA BERHENTI MEROKOK

Friday, May 29, 2009

cuti sekolah dah bermula

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA,WALAUPUN BEGITU BANYAK KERJA SEKOLAH YANG HARUS DISELESAIKAN.SEBAB BILA BUKAK SEKOLAH NANTI,ADA PEMANTAUAN OLEH PEJABAT PELAJARAN DAERAH KE SEKOLAH ANA.

JADI BANYAK JUGAKLAH YANG NAK KENA SEDIAKAN .SEPERTI LAPORAN DAN FAIL FAIL YANG MESTI DISETTLEKAN.

PASTU NAK KENA FIKIR TENTANG BELAJAR LAGI,BARU JEK SIAP SOAL SELIDIK,HARAPAN ANA MUSIM CUTI NI JEKK DAPAT BERTUNGKUS LUMUS UNTUK BELAJAR DAN BERADA DI PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG TU...DOAKAN KEJAYAAN ANA.

KESIAN PADA ABAH ANA..DEK KERANA KESIBUKAN ANA,BILA AGAKNYA DAPAT ANA BAWA ABAH PEGI BEJALAN JALAN.KALAU LA ADA KELAPANGAN DIWAKTU CUTI NI HAJAT DIHATI NAK BAWA ABAH BERJALAN JALAN.
ABAH...SELAGI NYAWA ANAKMU INI MASIH ADA, ANAKMU INI AKAN CUBA MELAYAN ABAH DENGAN BAIK.INSYAALLAH..BAH!!!SEMOGA ABAH FAHAM KEADAAN ANAKMU INI TIKA INI..

Wednesday, May 27, 2009

Cerita Murid

Murid zaman sekarang yang bijak.Yang kelakarnya mereka nak tiru cara tudung Ustazah Sohaina nyer ini.hahaha

Murid Ana Darjah 2 bertanya :
Ustazah pakai tudung ikut fesyen dalam buku ker atau Ustazah belajar buat sendiri jek depan cermin????

Ana pun jawab: Ustazah cuba belajar sendiri jek depan cermin,yang mana ustazah rasa okey.

Begitulah celoteh murid Ana.Mereka sentiasa melihat Ustazah nya.Sekurangnya Bertudung dengan pelbagai fesyen ini dapat membuatkan mereka suker memakai tudung.Zaman sekarang nak berdakwah ,kena ada caranya.Betul Tak..Inilah salah satu cara Ana.

Thursday, May 21, 2009

HARI MENJADI PENGACARA MAJLIS 2 DLM 1




KENAPA ANA KATAKAN ANA MENJADI PENGACARA MAJLIS 2 DLM 1 DI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KAFA..
INI ADALAH KERANA :
1. ANA KENA BERCAKAP DALAM DUA BAHASA IAITU BAHASA ARAB DAN BAHASA MELAYU...
MUJUR JER ADA CIKGU KATA ANA NAMPAK COOL JER..DALAM HATI ALLAH JEK YANG TAHU KEADAAN ANA MASA TUH..
TERIMA KASIH KEPADA ALLAH KERANA BERI ANA PELUANG UNTUK MENJADI PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DENGAN KEADAAN YANG TENANG.
BANYAK JUGA HADIAH YANG PERLU DIUMUMKAN.KIRA KIRA DALAM 300 BUNGKUSAN HADIAH...BANYAK TAKK..
ITULAH ANGAN ANGAN ANA NAK JADI JURUACARA DALAM BAHASA ARAB DAH TERCAPAI..SEMOGA ANA DAPAT MENINGKATKAN LAGI PERUBAHAN PADA DIRI ANA.DENGAN PERTOLONGAN MU YA ALLAH

Tuesday, May 19, 2009

Sambutan Hari Guru Isnin 18 Mei


Bagi Ana,sambutan Hari Guru pada tahun ni takdelah semeriah seperti tahun tahun sebelumnya.
Bila menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dihadapan perhimpunan,Ana rasa dah menyanyi sekuatnya tapi kenapa tak semeriah dulu..Mungkin sebab ada si EHSAN tu kot yang buat Ana menyampah..
Selepas selesai ikrar,menyanyi dan persembahan,,murid murid mencari guru yg mereka sayangi untuk memberikan hadiah.Tetapi Ana nampak ianya tidaklah semeriah dulu..Kalau dulu,guru kelas yang paling banyak dapat hadiah dari murid dan tak cukup tangan untuk angkat hadiah hadiah mereka tapi tahun ni taklah seperti tahun tahun sebelumnya..Mungkin sebab ada si EHSAN tu kot..hehehe.beginilah hati kalau dah menyampah..Cuba buat BODO jer la.
Yang Ana terharu bila Ana dapat hadiah dari murid Tahun 6 yang tak pernah Ana ajar.Cute pulak tu hadiahnya sharpener beserta dengan frame gambar bentuk love.Ada seorang lagi murid tahun 2 yang bagi frame gambar kat Ana..Seronok ni..Bolehla Ana letakkan gambar pakwe yang akan datang.heheheh.gurau jer..
Lagi yang menyentuh perasaan Ana apabila murid tahun satu menghadiahkan kain tudung IKIN pada Ana.Kad ucapan dari nya iaitu Najid Iqbal tahun 1 Bestari menyentuh perasaan Ana.Pandai betul dia menulis SIAPALAH DIA TANPA USTAZAH..Ana pun peluk cium dia kerana Ana amat menyayangi murid murid Ana.
Makanan pun dapat jugak..Biskut Chipsmore satu tin dan coklat..Bestnyeee..

TERIMA KASIH ANAK DIDIK ANA YANG DISAYANGI

Saturday, May 16, 2009

BUAT SAHABAT,TERIMA KASIH DIATAS UCAPAN HARI GURU

Ana terharu kerana mendapat ucapan Hari Guru dari teman-teman melalui sms dan melalui blog ini..Sedih pun ada sebab begitu beratnya tanggungjawab ini mendidik anak bangsa makin terasa...Oleh sebab itu,ia memerlukan semangat dan ucapan dari teman-teman sebagai pembakar semangat.

Antara kawan yang sms ucapan berbunyi:

KAKJUN :" JADILAH SEORG GURU YG HADIRNYA DITUNGGU,HILANGNYA DIRINDU,ILMUNYA DIBURU,NASIHATNYA DISERU,TINGKAHLAKUNYA DITIRU SELAMAT HARI GURU" SAYANG SELALU

YUS : "MAK CAKAP CIKGU MACAM MAGGIE MAKANAN RUTIN TIME SUSAH,AYAH CAKAP CIKGU MACAM DSEEKERS,MENAKUTKAN.ATUK CAKAP CIKGU MACAM ASTRO,MACAM MACAM ADA TAPI
SAYA CAKAP CIKGU MACAM L'OREAL KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.SELAMAT HARI GURU"

FATIHAH : " SEMOGA KITA SENTIASA DIKURNIAKAN KEKUATAN DAN HIKMAH OLEHNYA DALAM MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA ANAK2 BANGSA SUPAYA MEREKA MENJADI INSAN YANG BERJASA KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA,SELAMAT HARI GURU "

SYA : "ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT HARI GURU"

"ADAKALA KITA DICACI,ADAKALA KITA DIMUSUHI,ADAKALA KITANDIMARAHI,ADAKALA KITA TIDAK DIHARGAI TAPI KITA TETAP TERSENYUM PILU,KITA TETAP MARA MELANGKAH,KITA TETAP SABAR DAN TEKUN,KITA TETAP JITU DAN IKHLAS,SELAMAT HARI GURU"

ANTARA TEMAN YG MEMBERI UCAPAN MELALUI BLOG IALAH:

LUTH : SELAMAT HARI GURU

EVA : SELAMAT HARI GURU

Syukran buat kalian yang sudi memberikan ucapan selamat hari guru buat Ana.Semoga Ana terus bersemangat dan terus menjadi lilin yang membakar dan menerangi murid-murid Ana.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU SOHAINA

Sohaina,,Hari ni dah genap 4 tahun menjadi guru di sekolah kebangsaan.5 tahun yang lalu Sohaina memang juga seorang guru tetapi guru disekolah agama rakyat dan guru tuisyen bahasa arab..

Tahniah buat sohaina.anak muridmu semuanya dah berjaya.Hari ini Sohaina ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT DIRI SOHAINA SENDIRI.( yerla..dah takde org nak ucapkan untuk sohaina pun dalam blog ini )

Kamalia Hilda adalah orang pertama yang mengucapkan Selamat Hari Guru pada Sohaina melalui sms malam tadi.Terima kasih buat Kamalia Hilda.

Ini juga bermakna dah genap setahun blog ini dibina oleh Sohaina.Lihatlah pada bulan Mei tahun lepas juga Sohaina mengucapkan Selamat Hari Guru pada diri Sohaina juga didalam blog ini.

Sohaina menantikan anak murid Sohaina pada hari Isnin ni.Oleh Kerana Hari Guru jatuh pada hari Sabtu.Maka Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan di adakan pada Isnin ni.

Tiap tahun mesti akan dapat hadiah tanda ingatan murid murid ana.Sebenarnya minggu lepas lagi Ana dah dapat hadiah dari murid murid tahun satu,Begitu Ana sayangkan mereka dan mereka juga suka dan sayangkan Ana.

Terima Kasih tak Terhingga buat murid murid ana.Ustazah mu sentiasa menyayangi Mu.Semoga Rajin Belajar dan Menjadi manusia yang cemerlang akhlaknya suatu hari nanti.

Tuesday, May 12, 2009

HARI GURU SEMAKIN HAMPIR

Tersentuh hati pabila mengingatkan Hari Guru semakin hampir.
Janji seorang guru untuk mendidik anak didik bukan sahaja dari segi akademik,tetapi
Besarnya tugas dan tanggungjawab guru ini....mendidik akhlak anak didik....
Ianya bukanlah perkara yang amat mudah...
Bayangkanlah kalau kami memukul untuk mendidik tetapi dimarahi oleh ibubapa murid...
Kami guru yang menghadapi pelbagai kerenah ibubapa...untuk menjadikan anak anak mereka sebagai anak yang berguna....
Ibubapa zaman kini yang sangat memanjakan anak kerana mereka selalu meninggalkan anak mereka untuk keluar mencari rezeki..Mereka jarang bersama anak anak mereka...masalah anak anak pun hanya dapat didengar oleh mereka hanya pada waktu malam sahaja

Maka gurulah segala galanya .guru ini lah yang mendengar masalah masalah murid..guru inilah yang bersungguh sungguh ingin mendidik anak mereka menjadi anak yang berguna suatu hari nanti..

TOLONGLAH HARGAI PENGORBANAN SEORANG GURU....

Saturday, May 2, 2009

WANITA DAN KUBUR

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangyang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorangyang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpamaorang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yangtakutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakananak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allahmemasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulanramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah diadari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yangsoleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burungdiudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyangdan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuppintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudaraperempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikapihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuhrasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlahsesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseoranglelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanitasetaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!! KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;
1.Aku rumah yang terpencil,Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, MuhammadurRasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun,Zuhud itu ubatnya.
2.Harta itu racun,Zakat itu ubatnya.
3.Perkataan yang sia-sia itu racun,Zikir itu ubatnya.
4.Seluruh umur itu racun,Taat itu ubatnya.
5.Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Friday, May 1, 2009

cuti hari pekerja

hari ni cuti,yahooo.seronoknya dapat tido dan rest.nak gi library pun tak boleh daa..semua tutup.
apalagi,berguling guling lah.tapi boring giler kalau asyik berguling.nampaknya kena mulakan kegiatan mengemas rumah.penat jugak mengemas rumah dua tingkat nih.sabor jer laa..

pastu menanda kertas final exam kolej pelak dah.isnin ni nak kena antar kat kolej...

pastu tido dan tido dan tido.hehehee..jangan jeles

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah