CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

CARILAH ANA DI LIBRARY

abah Ana berkata: DAH ABIS EXAM PUN TAKKANLAH KE LIBRARY JUA.

Walaupun exam dah selesai,namun Bab satu tak selesai lagi,maka library jualah tempat Ana membaca tesis.Dah dua tahun belajar dalam keadaan bekerja pagi,petang dan kekadang malam..Bila tibanya tak sibuk,memang boring giler..

Adakah Langkawi tempat Ana melepaskan penulisan ana buat sementara waktu.Ana sebenarnya tak pernah berjalan sejauh Langkawi sejak pulang dari Mesir pada tahun 2000.Mungkin tahun 2009 ni,Ana perlu kesana bukan kerana enjoy tapi untuk lebih mengenali diri Ana.Supaya Ana balik dalam keadaan yang baru dan lebih berjaya.Supaya Ana dapat membersihkan jasmani dan rohani Ana.


Buat masa ini,memang Ana sedih dengan perangai Ustaz Ehsan terhadap Ana.Setelah dia menabur janji janjinya tetiba dia pergi begitu sahaja.Mana mungkin Ana dapat lupakan perkara ini kerana rumahnya berhampiran sangat dengan rumah ana.Tambahan pula tiap hari jumpa kat sekolah.Sanggup dia buat begitu kepada Ana dengan alasan maknya.

Semoga dengan pemergian ana ke Langkawi dapat mengubah diri ana.Ana menjadi semakin kental dan dapat menghadapi Ehsan yang menguji Ana.

Saturday, April 25, 2009

selesai sudah exam untuk semester ini

ALHAMDULILLAH,ANA DAH SELESAI MENGHADAPI PEPERIKSAAN UNTUK SEMESTER INI.TAK TERUCAPNYA KEGEMBIRAAN ANA BILA DAH ABIS EXAM STATISTIK PETANG SEMALAM PUKUL 6..WALAUPUN IANYA AGAK SUSAH NAMUN ANA DAH MENGHADAPI EXAM STATISTIK YANG MERUPAKAN SUBJEK TERAS..MALAS NAK DIFIKIRKAN LAGI EXAM YANG SUDAH BERLALU CUMA ANA BERDOA,TAWAKKAL JER UNTUK RESULT " A" UNTUK STATISTIK..

BERMULALAH CUTI SEMESTER BAGI ANA PADA HARI INI.BERMAKNA ADA SATU PAPER JE LAGI YANG ANA KENA AMBIK UNTUK SEMESTER DEPAN.SEMOGA ANA DAPAT MENGHABISKAN MASTER PADA TAHUN INI JUGA

Saturday, April 18, 2009

DI PETIK DARI COACH AMMAR

Cinta itu sifatnya
Sekelian semesta alam adalah ayat-ayat Allah saja. Semuanya itu adalah penzahiran atau manifestasi nama-namaNya saja. Allah itu Maha Cinta dan sifat cinta itu dilimpahiNya ke hati insan. Maka insan pun cinta kepadaNya. Oleh kerana cinta yang mendalam, Sang Sufi berasa "bersatu" dengan Tuhan. Inilah perasaan, bukan bersatu dari segi jasmaniah atau kebendaan yang tertakluk kepada ruang dan masa.segala sesuatu dijadikan olehNyasegala apa jua diterbitkan olehNyaDia itu maha cintaCinta itu sifatNyaCinta dilimpahiNya kepada makhlukNyaCinta itulah penzahiranNya


Menyintai diriku
Energi cinta mula mengalir bila kita memulakan cinta di dalam diri sendiri. Ramai orang mencari-cari cinta. Tetapi di dalam dirinya sendiri tidak mempunyai erti cinta itu.Aku selalu menyintai diriku. Aku dekap kemas diriku. Aku puji diriku. Aku belai rohku. Biar ia mempunyai semangat dan ghairah dalam kehidupan. Melihat diriku sendiri menyebabkan aku sayang dan menghargai betapa aku sangat memerlukan dirimu.Makin aku menyintai diriku...makin aku menghargai nilai dan kehidupan ku di dunia ini.


LOVE....Where love is, there God is....

Monday, April 13, 2009

Hari Terakhir Di Kolej

Hari ini merupakan hari terakhir Ana mengajar di Kolej,Perasaan Ana agak terharu dan seidh juga kerana student perempuan bersalaman dan memeluk Ana.Tahun lepas student ana takde pun camni. Itu yang membuat Ana terharu dan rasa dihargai.

Terima kasih Studentku.Semoga Antum semua berjaya dalam exam yang bakal tiba.Doa dari Ana sentiasa bersama kalian.

Saturday, April 11, 2009

Sabtu yang menguji diri

Sudah lama rasanya tak update blog,Hari ni merupakan sekolah ganti dan juga mesyuarat PIBG di sekolah,ANa ditugaskan sebagai pencatat minit mesyuarat.

Pada waktu yang sama ,Ana sebenarnya ada kelas master untuk subjek statistik pada pukul 8 pagi ni tapi apakan daya..Ana tidak dapat hadir ke kelas statistik buat kali terakhirnya.Ana sentiasa rindukan Profesor Sharifah Norul Akma yang mengajar subjek tu.seronok sesangat.sedih pulak dah abis kelas tu dan tunggu masa nak exam statistik pada 25 APRIL ni.
Doakan kejayaan Ana..

Selepas habis waktu sekolah pukul 12.30 tengahari,Ana terus ke Universiti Malaya kerana ada exam untuk subjek Linguistik Bahasa Arab.Beginilah hidup Ana sebagai seorang guru yang menyambung master.Siapalah yang paham perjuangan ini kecuali kengkawan yang sama perjuangan dengan Ana.

Pukul 1.30 tengahari sampai di UM,terus Ana solat dan pukul 2 ptg mulanya exam sehingga pukul 5 ptg.Alhamdulillah dah selesai satu exam.Tinggal dua subjek lagi yang perlu Ana ready.
Doakan kejayaan Ana.
Pukul 7 malam baru sampai seremban,Penat giler tapi lega...

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah