CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 15, 2009

Tinggal sedikit lagi tugas Ana sebagai Jurulatih Nasyid

Alhamdulillah,Setelah Ana berhempas pulas mencipta dan mereka lagu nasyid untuk kumpulan Nasyid sekolah Ana.Akhirnya selesai juga melatih mereka.Ana berasa sangat bersyukur kerana murid-murid tahun 5 dapat menghayati lagu ciptaan Ana itu yang bertajuk ALLAH TUJUAN KITA.

Berdasarkan tema nasyid iaitu AKIDAH PEMBENTUK JATI DIRI,Ana mendapat ilham ketika selesai solat subuh, Ada cikgu sekolah Ana kata,,,Lagu nasyid ini agak mendayu-dayu . Itulah perasaan Ana ketika itu terhadap Allah. Bagi Ana,Hidup Ana kerana Allah ini perlu ditanam terus dalam jiwa Ana..Maka terhasillah Lagu ini...

Kemenangan untuk lagu nasyid Ana,biarlah Allah yang tentukan kerana niat Ana ikhlas kerana ingin berdakwah,bukanlah untuk bertanding sampai menang.Biarlah allah yang tentukan pandangan hati juri dan hakim pertandingan pada 28 Mac 2009.

Begitu banyak ujian dan cabaran untuk melatih murid-murid ini kerana guru-guru yang tidak memberi kerjasama untuk memberi pelepasan kepada mereka berlatih,Guru-guru ini mungkin tidak mengetahui bahawa muzik dapat meningkatkan minda murid-murid.

Ada juga ustazah kelas Agama Petang yang berkata pada Ana dan murid-murid ini " KALAU TIDAK MENANG,,KAMI AKAN SORAK"

Itulah ujian Ana,Namun Ana sebenarnya mesti berfikiran positif terhadap guru guru yang bersikap negatif,KITA BOLEH TANYA GURU GURU INI,APA YANG MEREKA INGINKAN SEBENARNYA,,ADAKAH KEGAGALAN....

0 komen:

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah