CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

exam master semakin hampir

Exam semakin hampir,namun kesibukan disekolah membuatkan Ana tidak dapat nak memikirkan tentang exam Master,,Apakan daya Ana,Ya Allah,berikanlah Ana kekuatan untuk menghadapinya...

Kesibukan ini adalah kerana sekolah akan mengadakan Majlis sambutan Maulidurrasul pada 9 dan 10 April dan Ana ditugaskan membuat buku program sempena majlis tersebut. P
ada 6 April pula adalah perlawanan Bola Tampar yang mana sekolah Ana menjadi tuan rumah..Ana pulak ditugaskan sebagai ajk pendaftaran dan hadiah pada hari tersebut.
Manakala 11 April pula adalah sekolah ganti dan merupakan Mesyuarat Agong PIBG..

abis tuuuuuuuuu,,Bila nak siapkan assigment nii???????Bila nak study ni.. ???Balik sekolah dah tergolek penat daaaa

Saturday, March 21, 2009

WANITA YANG DIMURKAI ALLAH

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.

Thursday, March 19, 2009

CUTI SEKOLAH,PENGABDIAN DIRI PADA ALLAH

WAKTU CUTI SEKOLAH HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI JE LAGI,SELEPAS INI SIBUKLAH SEMULA DI SEKOLAH BERJUANG...KADANG KADANG BILA TERLAMPAU SIBUK TU,,LUPA SEDETIK DARI MENGINGATIMU YA ALLAH..APAKAN DAYA INI

MAKA DIWAKTU CUTI SEKOLAH INILAH HAMBAMU INI LUANGKAN MASA SEPENUH NYA UNTUK MU.SETIAP DETIK ADALAH KERANAMU YA ALLAH.

FIKIRAN KOSONG DAN FOKUS KEPADA MU YA ALLAH..KALAM ANA BERKATA KATA KERANA MU YA ALLAH..

TERIMA KASIH ALLAH KERANA MEMBERIKAN ANA ILMU PADA WAKTU CUTI INI,ANA DAH DAPAT MENYELAMI ILMU ITU.

Sunday, March 15, 2009

Tinggal sedikit lagi tugas Ana sebagai Jurulatih Nasyid

Alhamdulillah,Setelah Ana berhempas pulas mencipta dan mereka lagu nasyid untuk kumpulan Nasyid sekolah Ana.Akhirnya selesai juga melatih mereka.Ana berasa sangat bersyukur kerana murid-murid tahun 5 dapat menghayati lagu ciptaan Ana itu yang bertajuk ALLAH TUJUAN KITA.

Berdasarkan tema nasyid iaitu AKIDAH PEMBENTUK JATI DIRI,Ana mendapat ilham ketika selesai solat subuh, Ada cikgu sekolah Ana kata,,,Lagu nasyid ini agak mendayu-dayu . Itulah perasaan Ana ketika itu terhadap Allah. Bagi Ana,Hidup Ana kerana Allah ini perlu ditanam terus dalam jiwa Ana..Maka terhasillah Lagu ini...

Kemenangan untuk lagu nasyid Ana,biarlah Allah yang tentukan kerana niat Ana ikhlas kerana ingin berdakwah,bukanlah untuk bertanding sampai menang.Biarlah allah yang tentukan pandangan hati juri dan hakim pertandingan pada 28 Mac 2009.

Begitu banyak ujian dan cabaran untuk melatih murid-murid ini kerana guru-guru yang tidak memberi kerjasama untuk memberi pelepasan kepada mereka berlatih,Guru-guru ini mungkin tidak mengetahui bahawa muzik dapat meningkatkan minda murid-murid.

Ada juga ustazah kelas Agama Petang yang berkata pada Ana dan murid-murid ini " KALAU TIDAK MENANG,,KAMI AKAN SORAK"

Itulah ujian Ana,Namun Ana sebenarnya mesti berfikiran positif terhadap guru guru yang bersikap negatif,KITA BOLEH TANYA GURU GURU INI,APA YANG MEREKA INGINKAN SEBENARNYA,,ADAKAH KEGAGALAN....

Monday, March 9, 2009

Lagu menyentuh hati

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mau sedap
Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayoh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana
Ayoh bersegeralah menuju Alloh
Qoatillah??? Dia
minta ampun pada-Nya
Wajib bila - bila ???
masa benih tiba
Jangan sampai kita
tidak bersedia

Wednesday, March 4, 2009

ANAK MURIDKU YG ENSEM


Ana tengah giler bayang tengok anak murid ana yang ensem ni.HAHAHA.Ana snapkan gambar ini supaya Ana dapat tengok wajahnya yang menjadi penghibur hati Ana.Walaupun gambar ini tak sesempurna sebab tak dapat ambil gambar penuh.Murid ana ini baru jek darjah satu..
DIsini ada satu Hadis Qudsi iaitu :
DARI KESENYAPAN YANG LUAR BIASA,
KESENYAPAN PERMULAAN YANG TIDAK BERAWAL,
MUNCUL KERINDUAN TUHAN,
AKU ADALAH PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI,
DAN AKU INGIN DIKENAL.
ya Allah!! JADIKANLAH DIRI ANA PENCINTA DAN PERINDU MU DAN JAUHKANLAH ANA DARI MENJADI PENCINTA DUNIA !!ANA INGIN MENGENALI MU TAK TERHINGGA !!!!!

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah