CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 18, 2009

Umur 19 Tahun ,Ana jadi TETAMU ALLAH di MEKAH

Teringat pada zaman remaja Ana,umur 19 tahun Ana belajar di Kaherah,Memang saat saat yang indah sebagai penuntut ilmu Allah.
Pada hujung tahun, selepas habis imtihan,Ana mengerjakan Umrah bersama Abah dan Arwah Mama Ana.Bagai mimpi rasanya bila berhadapan dengan Kaabah.Ana dapat jadi tetamu Allah masa umur Ana 19 tahun.Ana bersyukur sesangat.
Semasa Ana tawaf mengelilingi kaabah,Ana hanya berdoa semoga Ana menjadi pencinta Allah.Bayangkanlah sedangkan umur ana baru 19 tahun tapi itulah doa ana di depan kaabah.
Ana dapat mengucup hajarul Aswad akhirnya.Masa tu Ana rasa Ana memang nak jadi pencinta Allah sahaja.Doa Ana dimakbul.Ana diuji dengan pelbagai ujian dari Syaitan dan lain lain untuk mengetahui adakah Ana mampu menjadi pencinta Allah yang sejati.Dalam tempoh kehidupan Ana sekarang ini sudah mengjangkau 33 tahun,Alhamdulillah,Ana bersyukur diberikan nikmat Iman,Islam dan SEMOGA ANA TERUS MENJADI PENCINTA ALLAH ,,bukan pencinta nafsu.Aminn.Ya Rabb

Friday, February 13, 2009

ANAK MURID ANA YANG TAK NAK MASUK KELAS

Gambar ini diambil semasa Ana sedang memujuk IWANI supaya jangan menangis.Masalahnya dia tak nak masuk kekelasnya.Berbagai alasan yang diberikan.Dia kata ada budak lelaki selalu mengganggunya dan ramai yang tidak mahu berkawan dengannya.
Ana pun cuba mengambil hatinya sehingga dia ceria semula .Ana menasihatinya supaya masuk ke kelas tapi dia tidak mahu.Dia ingin mengikut Ana ke kelas yang lain,Ana membawanya bersama ke kelas kakaknya ,sambil itu Ana terus memujuk dan menasihatinya. Apabila dah habis masa mengajar di kelas kakaknya,Ana keluar membawanya ke kelas nya semula.
Tiba tiba lalu seorang guru yang agak garang dan tegas menyuruhnya masuk ke kelasnya.Dan akhirnya IWANI masuk ke kelas semula.Sejak hari itu,Iwani tidak keluar lagi dari kelasnya kerana Ana dah menasihatinya dan memujuknya sebelum itu.

Tuesday, February 10, 2009

Cerita Student Kolej Ana.

Semasa Ana mengajar di Kolej , ada student Ana (student Kolej) nak mengadu masalahnya.
dia dah banyak kali nak berhenti mencuri dan nak solat taubat nasuha.
Dia minta Ana ajar dia solat taubat.
Ana pun ceritakan lah bagaimana nak solat taubat.
Tapi dia kata,bagaimana pula selepas dah taubat tapi masih lagi mengulangi kesilapan itu,
Ana hanya dapat berkata semuanya terserahlah pada Allah untuk menerimanya,cuma Ana minta dia betulkan perkataannya minta lah pada Allah supaya Dia berhenti mencuri dan
bukan minta pada Allah supaya Dia tak mahu mencuri lagi.

Thursday, February 5, 2009

HARI TERAKHIR BERKABUNG

alhamdulillah ..hari ni hari terakhir berkabung dengan pakai tudung hitam.
Sejak buka sekolah kena pakai tudung hitam hinggalah kehari ini kerana berkabung di atas kemangkatan Almarhum Sultan Tuanku Jaafar.
Kesibukan melanda disebabkan jumaat ini adalah Sukan Tahunan SKTTJ.
Ana pula dilantik sebagai ketua hadiah.
Sebagai Guru Rumah Sukan Biru juga,Ana ditugaskan untuk membantu menghiaskan pasukan perbarisan rumah biru dan memilih murid untuk acara lompat jauh.
SEMOGA BIRU CEMERLANG
!!!!

Tuesday, February 3, 2009

Ustazah makan ker tak hari ni ?Kenapa muka Ustazah pucat?

Ustazah MAKAN KER TAK HARI NI???KENAPA MUKA USTAZAH PUCAT??
Itulah pertanyaan yang dilontarkan kepada Ana oleh pelajar KOLEJ tadi.Ana pun tak tau nak jawab apa.Hanya Tuhan saja yang tau betapa penatnya Ana hari ni dan betapa lemahnya badan Ana hari ni.

Di sekolah pagi hari ni,Ana mengajar dari pukul 11 pagi hingga 2 petang tanpa henti.Ana menggunakan pula sepenuh tenaga suara Ana.Kemudian lepas solat zohor,Ana mengajar lagi dari pukul 2.30 ptg hingga 5.00 petang.

Bila dah sampai ke KOLEJ pada pukul 5.30 ptg, Ana terus solat Asar.
Mujurlah petang ni Ana buat UJIAN KELAS untuk pelajar KOLEJ.Jadi Tak perlulah Ana lecture pada mereka hari ni.


8 malan barulah sampai kerumah.Inilah rutin hidup Ana tetapi tak taulah kenapa hari ni penat sangat.

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah