CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

Tazkiroh sebagai peringatan

Berkata Imam Al-Ghazali:

Carilah hatimu di tiga tempat;

temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,

carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Andai tidak jua kau temuinya,

kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak temui juga,

maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru

kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati

Wednesday, January 28, 2009

RINDU PADA MESIR,BUMI ANBIYAK ITU

HARI NI ANA TERINGAT MASA KAT MESIR LAGI..ENTAHLAH..TERINGAT SAAT SAAT SEMASA BERADA DISANA,WAKTU FREE JEK ANA SUKA PEGI ZIARAH MAKAM MAKAN DISANA.ANA BOLEH DIKATEGORIKAN BERANI JUGAK KERANA SANGGUP PEGI SEORANG DIRI TANPA BERTEMAN.NAK BUAT CAMNER LAK..SEBAB KAWAN KAWAN TAK NAK PERGI.
ANA SUKER MAJLIS ILMU KAT SANA .ANA DULU SELALU JEK PEGI MASJID AL AZHAR KAT HUSSEIN..PEGI DENGAR MAJLIS ILMU OLEH ORANG ARAB.BAHAGIANYA ..

HARI JUMAAT PULA ANA SUKER PEGI KE MASJID AWAL AWAL LAGI SEBELUM LELAKI KE MASJID..SEBAB ANA NAK DENGAR KHUTBAH JUMAAT.KHATIB ARAB BACA KHUTBAH PENUH PERASAAN DAN TERSENTUH HATI ANA MENDENGARNYA.

ENTAH BILA KAH LAGI SAAT ITU..

Monday, January 26, 2009

MAMA,RINDU PADAMU TAK PERNAH PADAM

MAMA,

ANAKMU INI SEMAKIN HARI
SEMAKIN RINDU PADAMU
MAMA DI ALAM BARZAKH,
ANAKMU INI SENTIASA MENDOAKANMU,
YA ALLAH,SEMADIKANLAH MAMA
BERSAMA PARA ULAMA SOLEH
DI SYURGA MU,
JASA MAMA PADA DIRI INI
TAK DAPAT DIBALAS OLEH ANA,
CUMA DOA ANA SEMOGA ALLAH
MENJAGA MAMA ANA DENGAN BAIK
DI ALAM BARZAKH,
MAMA,
NANTIKANLAH ANAKMU INI
DI ALAM YANG KEKAL
PABILA TIBA HARI AKHIRAT,
PABILA TIBA HARI HISAB
SEMOGA DAPAT BERJUMPA
MAMA DISANA.
AMINN YA RABB

Saturday, January 24, 2009

3 tanda kekotoran hati

Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…
1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.
Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Pesan Roh Kepada Manusia

Pesan Roh Kepada Manusia ( Insaf sekejap )

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.

Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri..

Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu
mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,

keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, January 21, 2009

CERITA TENTANG ROKOK

ALHAMDULILLAH,,SEMALAM MENGAJAR KAT KOLEJ.TETIBA HIDUNG ANA DAH TERCONGEK CONGEK.(BAYANGKANLAH BAGAIMANA HIDUNG ANA TERCONGEK)
INI ADALAH KERANA ANA BERBAU SOMETHING YANG BERNAMA ROKOK..WALAUPUN IANYA HANYA KESAN DARI SALAH SEORANG STUDENT ANA YANG MEROKOK.TETIBA 2 ORANG LAGI DATANG AMBIL ATTENDANCE DENGAN ANA..ALAMAK !!BERBAU LAGI ROKOK..ANA MEMANG ALERGIC DENGAN ROKOK..TOLONGLAAA.

TANPA RASA BERSALAH,ANA TERSENTUH BAB ANA TAK TAHAN DENGAN BAU ROKOK.ANA PUN CITER PENGALAMAN ANA DENGAN PENGHISAP ROKOK SEMASA MINUM DI RESTORAN MAMAK..ANA MEMANG TERUS BANGUN DAN TAK JADI MINUM DIKEDAI MAMAK TUU.

AGAKNYA STUDENT ANA HORMATKAN ANA.HARI NI MEREKA DATANG TANPA BAU ROKOK LAGI TAPI BAU MEREKA BARU MANDI..HEHEH..UNTUK PENGETAHUAN KALIAN,STUDENT ANA 25 ORANG SEMUA LELAKI HANYA 3 ORANG PEREMPUAN


SETIAP MASA ANA SELITKAN TENTANG KEBURUKAN MEROKOK KEPADA MEREKA.ALHAMDULILLAH.ANA JUGA MEMBERI CARA CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK.ANA NAMPAK PERUBAHAN MEREKA DARI SEMASA KESEMASA.

BEGITU JUGA DENGAN DATING ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.OLEH KERANA MEREKA MASIH REMAJA.ANA NASIHATKAN MEREKA TENTANG JANGAN HAMPIRI DATING YANG AKAN MENGHAMPIRKAN MEREKA KEPADA ZINA.ALHAMDULILLAH.ANA NAMPAK KEBERKESANAN NASIHAT ANA INI KEPADA MEREKA..

Tuesday, January 20, 2009

ADAKAH IANYA BENAR??(SMS BERBUNYI KRISTIAN SDG AKTIF)

Beberapa hari yang lalu Ana mendapat sms dari sahabat Ana berbunyi :

SEBAR MESEJ INI.SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN DAN SELANGOR.KIAN PESAT KE NEGERI LAIN.1900 ORANG PADERI MELAYU BARU TIBA DARI SINGAPORE BERADA DISINI.HATI HATI DENGAN AIR MINERAL :
1)AL-BARAMKAH
2)AL-MANSORI
3)AL-BISTARIA
4AL-MANSUR
5)AL-MUBARAKH
6)AL-BARAKAH
7)AL-BESTARI
YANG TELAH DITAMBAH HOLYWATER.AIR INI BOLEH MENGAKIBATKAN LIDAH KERAS @ KELU UNTUK MENYEBUT ALLAH ATAU SHAHADAH.

Berdasarkan sms ini,Ana antara nak percaya ataupun tidak mahu percaya.KESAHIHAN SMS INI AGAK DIRAGUI KERANA TIDAK NAMPAK BUKTINYA.

tetapi yang penting kita perlu berhati-hati,,betul takk???

Friday, January 16, 2009

MCDONALD KEKURANGAN PELANGGAN-salah siapa??

GAMBAR NI DIAMBIL SEMASA TUNGGU NAK MASUK KELAS MASTER PUKUL 6 PETANG..SESAJER BORING MENUNGGU..APA LAGI SNAPLAH GAMBAR SENDIRI..HEHEH

Balik dari sekolah pada pukul 12 tengahari,Ana terus bersiap untuk ke UM sebab petang ni ada kelas master.Ana singgah di bank sekejap nak ambik duit.Apa yang menarik perhatian Ana apabila melalui Mcdonald yang berhampiran dengan bank tersebut..Terdapat dua org pekerja Mcdonald sedang mengibarkan bendera Mcdonald dan mempromosi org ramai yang lalu lalang disitu masuk ke Mcdonald

Kesian dan terdetik dihati Ana kepada pengurus Mcdonald itu.Disebabkan kurangnya pelanggan Mcdonald sejak kes Palestin ini.Bagaimana agaknya perniagaan francais ini.Kalau difikirkan bukanlah salah dia tapi cukai yang akan tetap diberikannya pada Amerika itu yang salah.Entahlah..apa nak jadi agaknya selepas ini..

Thursday, January 15, 2009

TARIK YANG POSITIF SAHAJA

Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif, berkata-kata yang negatif, penuh umpatan, caci maki dan buruk sangka?
Anda hanya perlu ..
1. Biarkan Mereka Bercakap.Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.
Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.
2. Bina Benteng Minda.Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk ‘meracuni’ minda Anda. Nak maintan fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.
Sepeti komputer, sediakan ‘firewall’ dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.
Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar. Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif tadi.
Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan.
Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi Anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.
So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda, sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.
Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri, sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda.
Misalnya, masalah kewangan yang muncul tiba-tiba, kereta rosak tiba-tiba, masalah di tempat kerja, kunci Anda hilang, hanphone hilang dan masalah lain yang sememangnya tidak di duga.
Ingat lagi tak hukum sebab dan akibat?


SOHAINA,,

Biarlah manusia dengan sikap egonya tetapi kuasa negatifnya itu boleh sohaina positifkan.
Hidup dikelilingi manusia yang pelbagai ragam dan pelbagai negatif yang terdapat dalam diri mereka mereka itu,,sampai bilakah ana harus positifkan nya..Lamgkahnya terpaksa bersabar.suatu hari nanti mereka akan positif tentang sohaina..sohaina juga sudah tentu perlu positif...

Buangkan negatif yang datang kekadang ...Tariklah positif sahaja dalam diri sohaina.semoga berjaya..

sohaina ingin jadi seorang yang mudah maafkan manusia yang mengumpat sohaina seperti MAWI YANG MEMAAFKAN SEMUA ORANG YANG MENGATA NYA..

REDHA PASRAH TAWAKKAL

Tuesday, January 13, 2009

KALAM dari DR MIR HAZIL buat Ana

kayu pembaris tu maksudnya CARA MENILAI UJIAN/cabaran …

adakah ujian dinilai dengan mengikut KERANGKA PEMIKIRAN BIASA atau diRENUNG hakikat ujian tersebut.

Nak dapat A adalah MATLAMATNYA… namun, apakah gunanya A jika ILMU yang dipelajari hanya DI ATAS KERTAS. Tak terpahat di dalam jiwa. Dan, A yg diperolehi adalah penilaian manusia/dunia saja… yang utama nak dapat A dari Yang Maha Tahu.

Jika A dah dapat awal-awal…. kita cepat SELESA. Mungkin buatkan kita lalai atau lupa.. so, redha dgn keputusan dan berazam nk perbaikinya. Jika masih takdirnya begitu, asalkan ‘ilmu’ dihayati jiwa bukan hanya dihafal.. kita ikhlaslah dgn rezeki yg tersurat tu.

RAMAI YG HEBAT DGN IJAZAH TINGGI.. TAPI ‘JIWA’ MASIH HITAM.. suka berprasangka dgn orang lain.. PERASAN hebat.. dan dah rasa cukup lengkap. Kesannya IQ SAJA BAGUS.. EQ & SQ HANCUR!!! Bila ilmu tak bercahaya atau hidup NUR nya… jiwa tetap kelam. Bila jiwa kelam, fikirannya hitam.. bila fikiran hitam,kata-katanya hitam.. bila kata-kata hitam, lakunya pun hitam.. KELAK TABIATNYA PUN HITAM.

Mungkin kita ’setakat lulus’ sahaja walaupun kita DAH USAHA 99%. Tapi 1% tawaqal kita tulah yang mendidik kita untuk REDHA, IKHLAS dan PASRAH dengan suratan hidup kita.

Mungkin kita ’setakat lulus’ dan sikit ILMUnya.. TAPI AMAL KITA YANG ISTIQAMAH dari ilmu yang sikit tu akan MENGANGKAT MARTABAT KITA di sisiNya kelak.

Wallahualam…

Saturday, January 10, 2009

MINGGU KEDUA BELAJAR KELAS STATISTIK DAN LINGUISTIK B. ARAB DI UM

Sabtu pagi ana ke kelas statistik padal pukul 8 pagi..belajar apa yekk hari ni,,hehehe..penat sangat hari ni.entah kenapa..

Yang Ana ingat tadi belajar Tahap NOMINAL,ORDINAL,NISBAH DAN SELA.

Tugasan telah diberikan oleh Dr Syarifah.
Tugasan pertama berkumpulan:Bina soal selidik atau olahkan soal selidik,kumpul data dan seterusnya..
Tugasan Kedua individu:Cari satu tajuk tesis dan komen tentang statistik yang digunakan.

Lepas tu pukul 11 pagi dari kelas statistik terus pulak ke kelas linguistik bahasa arab.DR AZHAR dah menunggu di dalam kelas.huhuhu.Ana lambat sebab Dr Sharifah keluar lambat sikit pagi ni.

Mengantuk giler tau.tapi Ana ingat yang belajar hari ni tentang manhaj linguistik atau metodologi linguistik yang ada empat kesemuanya..
1)Manhaj Muqaran 2) Manhaj Tarikh 3) Manhaj Saffi 4 ) Manhaj Taqabuli.

Wednesday, January 7, 2009

BAGAIMANA NAK UBAT MANUSIA DENGKI

Sebelum menyiarkan artikel DR MIRHAZIL TENTANG HARI ASYURA..Ana ingin kita sama sama fikirkan adakah cara untuk membuang sifat MANUSIA ISLAM yang dengki dan sentiasa tak berpuas hati dengan manusia yang lebih daripadanya.Mungkinkah kita boleh doakan untuk saudar-saudara Islam kita ini???

Sepuluh…@ 10 @ asyura..
Hari ini 07012009 : 7+1+2+9 = 19 @ 1+9 = 10
Hari ini 10011430 : 1+1+1+4+3 = 10
Hari ini istimewa. Hari kesepuluh dalam bulan Muharram (bulan no 1).
Hari ini hari ulangtahun :
Alam (walaupun tak tahu dah berapa umurnya)
Langit & Bumi
Adam & Hawa
Syurga serta memasukkan Adam di syurga
Nabi Ibrahim
RAHMAT - hari mula-mula rahmah ALLAH diturunkan adalah hari asyura
HUJAN - hari mula-mula hujan diturunkan adalah hari asyura
”ARASY
LAUH MAHFUZH
QALAM
MALAIKAT JIBRIL
Hari ini juga, hari :
Nabi Adam bertaubat kepada allah dan taubatnya diterima
Nabi Idris diangkat ke tempat yang tinggi
Nabi Nuh diselamatkan keluar dari kapalnya sesudah bumi tenggelam selama 6 bulan
Nabi Ibrahim diselamatkan dari api Raja Namrud
Nabi Musa menerima kitab Taurat
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir akibat fitnah Siti Zulaikha
Nabi Ya’kub dipulihkan penglihatannya yang kabur
Nabi Ayub disembuhkan dari penyakit kulit
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun
Nabi Musa membelah dua Laut Merah
Nabi Daud diampuni Allah
Nabi Sulaiman dikurniakan kerajaan besar
Nabi Isa diangkat ke langit
(Sumber kitab I’anah at-Thalibin)
Hari ini semut berpuasa… hari ini binatang buas pun berpuasa…
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan snadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari asyura yakni 10 Muharram, maka Allah memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka akan diberi kepadanya pahala 10,000 orang Haji & umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari asyura, maka setiap helai rambut tersebut Allah akan menaikkan satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi makn buka puasa seorang mukmin yang berpuasa pada hari asyura, maka seolah-olah memberi makan buka puasa kepada semua umat Muhammad S.A.W. dan mengenyangkan perut mereka.
Malah.. ada pendapat mengatakan… akan terjadi hari QIAMAT juga pada hari Asyura!!
Wallahualam
Master G

Tuesday, January 6, 2009

HARI PERTAMA MENGAJAR KOLEJ

Hari ni hari kedua sekolah,hari ini memang banyak kelas yang perlu masuk dan mengajar.
Tapi alhamdulillah,Allah memberikan Ana ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi waktu mengajar,,,,TIGA JAM BERTERUSAN,,ANA MENGAJAR QURAN UNTUK TIGA KELAS YANG BERASINGAN.MEMANGLAH SAKIT TEKAK TAPI ITULAH PERJUANGAN.HANYA REHAT SETENGAH JAM SAHAJA DAN TERUS SAMBUNG MENGAJAR SATU JAM LAGI UNTUK KELAS 5 BESTARI.Inilah perjuangan kerana Allah.

Tetiba pukul 2 petang,Ana dapat panggilan dari KOLEJ,,Ana kena mula mengajar subjek PENGAJIAN ISLAM pada pukul 6 petang ni..Maka bermula perjuangan Ana mendidik REMAJA pula.Semoga Ana dapat berdakwah kepada remaja remaja ini.

Monday, January 5, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH

HARI NI HARI PERTAMA BERMULANYA SEKOLAH.MEMANG AGAK SIBUK.RAMAI IBUBAPA YANG DATANG TENGOK ANAK-ANAK MEREKA YANG TAHUN SATU,

ANA PENAT GILER HARI NI WAKTU MENGAJAR PENUH....TAPI KENA REDHA,PASRAH DAN TAWAKKAL.INILAH KERJA GURU,GURULAH SEPERTI LILIN YANG MEMBAKAR,
KALAU KERJA PEJABAT TU BOLEHLA RELAKS TAPI GURU NI KENA IKUT WAKTU MENGAJAR YANG DIBERIKAN.

PUKUL 8.10 PAGI HINGGA 9.10 PAGI DAH START MENGAJAR QURAN UNTUK TAHUN 5

PUKUL 9.10 HINGGA 10.10 PAGI PULA KENA GANTIKAN GURU LAIN DAN MENGAJAR DARJAH 2

PUKUL 11 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI PULA MENGAJAR QURAN DARJAH 4

PUKUL 12.30 TENGAHARI HINGGA 1.30 PULA MENGAJAR QURAN DARJAH 5.

PUKUL 2 PETANG DAH BOLEH BALIK UNTUK HARI NI KERANA KELAS AGAMA PETANG TAK START LAGI....

KALAU DAH BERMULA KELAS AGAMA PETANG NANTI,ANA BALIK PUKUL 5 PETANG LAA...

Saturday, January 3, 2009

Di AMBANG KIAMAT

Walaupun kita tahu kini di ambang kiamat tapi kekadang kita lalai.Lalai dari mengingati RUKUN IMAN YANG KELIMA INI.

Betapa sedihnya menuju kiamat sedangkan remaja remaja Islam menuju pula ke kancah maksiat pada 1 januari 2009 yang lalu.Moga moga 1 januari 2010, jika bumi masih tak bergoncang untuk kiamat, remaja remaja Islam dapat kembali ke sisi MU,Ya Allah.
Ana berdoa kepada Mu Ya Allah, remaja remaja Islam tidak lalai mengingati Mu Ya Allah.

NAFSU,SYAITAN, yang menguasai mereka,YA Allah,tolonglah mereka ,Ya Allah.Siapa lagi yang nak berdoa untuk mereka.Ibubapa mereka sibuk bekerja hingga terlupakan anak-anak mereka yang sedang bergelumang dengan dosa-dosa dan maksiat.

Tak sanggup rasanya nak dibayangkan apabila tibanya kiamat nanti,remaja remaja Islam merupakan darah daging Ana juga kerana setiap Islam itu bersaudara.Ana tak sanggup melihat saudara saudara Ana itu diseksa,Ya Allah.

Sebagaimana Ana yang tak sanggup menghadapi seksaan neraka Mu,Ya Allah. Mereka juga tak sanggup menghadapi seksaan neraka Mu ,Ya Allah..AMPUNILAH DOSA KAMI,YA ALLAH.

Thursday, January 1, 2009

PERJUANGAN BERMULA ESOK


BERMULA 2 JANUARI,ANA DAH MULA KE KELAS MASTER BAHASA ARAB DI UNIVERSITI MALAYA.DOAKAN KEJAYAAN ANA.SEMOGA ANA MENDAPAT ILMU ALLAH INI..
mengapa ana menganggap ini satu perjuangan kerana Ana kena tempuh halangan dan cabaran menuntut ilmu ini dengan penuh ketabahan disebabkan Ana pada waktu yang sama adalah seorang pendidik di sekolah dan kolej.Ana kena tempuh halangan dan cabaran yang diberikan oleh mereka mereka ini.Entahlah 2009 ini,Ana harap takdelah seteruk 2008.

BILA KISAH HANGAT PALESTIN INI MEMBUATKAN ANA TERINGAT SEMASA DI MESIR 9 TAHUN YANG LALU,,BAGAIMANA SEMANGAT ORANG-ORANG ARAB TERHADAP ISLAM. ANA KAGUM DENGAN SIFAT BERANI MEREKA NAK MENEGAKKAN ISLAM.KALAU MEREKA TAK MENEGAKKAN ISLAM,TAKKANLAH NAK BIARKAN YAHUDI MENINDAS KITA..BETUL TAK!!!YAHUDI SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MEMUSNAHKAN ORANG ISLAM.ADAKAH PATUT ORG ORG ARAB DAN KITA BERDIAM DIRI??

DULU KAWAN -KAWAN ANA YANG TERDIRI DARIPADA ORANG ARAB DISANA SELALU MEMBANTU ANA.
MEREKALAH SAHABAT SAHABAT ARAB FILLAH,
WAKTU ANA KETAKUTAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.MEREKALAH DATANG
WAKTU ANA KEHILANGAN KERNIH ATAU KAD MATRIK,MEREKA LAH DATANG
SUATU HARI ,WAKTU ANA BERJALAN KE KULIAH,ANA NAMPAK MEREKA BERPUSU-PUSU DATANG MENOLONG ORANG YANG KEMALANGAN JALANRAYA.( BILA BAYANGKAN DI MALAYSIA,,TIADA SIFAT SEPERTI ITU TETAPI LEBIH SUKA MELARIKAN DIRI DAN TAK MEMPEDULIKAN SESAMA ISLAM.MALAH TAK BERSATU PADU DAN ASYIK MENYALAHKAN ORANG LAIN.ENTAHLAA..

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah