CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

YA ALLAH SELAMATKANLAH SAUDARA ISLAM DI PALESTIN

YA ALLAH, SELAMATKAN LAH SAUDARA-SAUDARA ISLAM DI PALESTIN.

Selama ini Ana hanya memikirkan diri Ana dan pertolongan Ana hanya dapat berikan kepada keluarga dan masyarakat disekitar Ana sahaja,

Bagaimanakah nasib saudara-saudara di Palestin yang tak dapat dibantu,Hanya dengan doakah sahaja???Ada tak cara lain,, Ya Allah!!!!!

Sedihnya!!!

Suatu masa semasa Ana di Mesir,,Ana dan kawan-kawan memang semangat betul nak pergi berjuang ke Palestin.kerana kami tak tahan setiap hari mendengar berita kekejaman Israel.Semangat sahaja tapi tak dapat menggerakkan kaki ke sana,,Memandangkan ketika itu pun berlaku demonstrasi di Kaherah kerana seorang penulis yahudi menghina Islam dan akan menerbitkan buku tersebut..Semua orang Arab bangkit memberontak dan lakukan demonstrasi.Alhamdulillah buku itu tak di cetak..


Tapi kini jauh,,berita pun dari jauh..Hanya dengan doakah sahaja tanpa USAHA..Entahlah..

Monday, December 29, 2008

PENDAFTARAN ONLINE MASTER BAHASA ARAB UM

ALHAMDULILLAH,Tadi baru jekk selesai kan pendaftaran ONLINE untuk semester ketiga sarjana pendidikan bahasa arab sebagai bahasa kedua.

Subjek untuk semester ini ialah:

1. LINGUISTIK BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA
2. TEKS ANALISIS ALQURAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA.
3.STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN ( SUBJEK TERAS )

Bermulalah perjuangan Ana seterusnya,so Mana mungkin fikirkan soal kawin...banyak betul perjuangan yang belum selesai dongg..

Kengkawan yang nak sangat Ana kawin,,tunggu jer lah perjuangan Ana selesai dulu..heheheh

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH,,1430 HIJRAH,

Bertepatan dengan tema Maal Hijrah 1430 iaitu "MENJANA UMMAH GEMILANG"
Ana ingin mengajak semua umat Islam bersatu padu..

Tidak usahlah kita bersikap sombong dan menyalahkan umat Islam yang lain kerana tidak mengamalkan hukum Islam

TeTapi kita sepatutnya mengajak bersama-sama dan mengajak bersatu padu..

Bagaimanakah mungkin untuk kita menjana ummah gemilang sekiranya umat Islam sendiri tidak bersatu padu.Masing masing dengan pemikiran degil masing masing.Masing -masing dengan sikap sombong masing -masing..

MARILAH KITA SAMA SAMA MENGUBAH PERANGAI DEGIL KITA...INSYALLAH.

Bagi diri Ana,,,YANG ANA PASTI PADA TAHUN BARU INI

Perangai yang TAK PANDAI UNTUK ANA UBAH IALAH...

1) PERANGAI MANJA ANA DENGAN SEMUA ORANG
2) SENYUMAN ANA YANG SEJAK DARI SEKOLAH RENDAH MEMANG SUKA

TERSENYUM DENGAN SEMUA ORANG..
3) SELAMBA ROCK ANA DENGAN SEMUA ORANG

4) TAK SERIUS DAN LEBIH SUKA HAPPY GO LUCKY,,( Entah kenapa Ana ni jenis tak serius,Boringla kalau serius..nanti nampak makin tua )


yang Ana nak ubah pula ialah,,

1) SIKAP ANA YANG TERLALU AGRESIF APABILA MELAKUKAN SESUATU KERJA. Ana nak cool, merendah diri,,, lebih sabar ( TABAH TU DAH ADA DLM DIRI )

2) DALAM PERHUBUNGAN,ANA NAK RELAKS JEKK,,SEBAB MASIH BELAJAR LAGI DONGGGGGG

Pengalaman tahun 2008
banyak mengajar Ana supaya
tahun 2009,jangan mudah jatuh cinta pada lelaki yang mempunyai sifat sifat impian Ana..NO WAY!!! FORGET IT..AND RELAKS..


AMEEN YA RABB

Saturday, December 27, 2008

2008 PENUTUP TIRAI

Assalamualaikum,,2008

Akan pergi meninggalkan seribu kenangan pahit dan pengalaman buat Ana..Namun ia mengajar Ana erti ketabahan..

" SOHAINA,KAMU MEMANG SEORANG YANG TABAH" Ini bukanlah kata kata Ana tetapi kawan kawan dan guru guru yang datang kepada Ana dan mengucapkannya. Kawan lah cermin diri Ana.Kekadang Ana tak nampak apa perubahan pada diri Ana.

"SOHAINA TU KALAU DATANG LAGI UJIAN DAN CABARAN PADANYA,MAKA SOHAINA ADALAH ORANG YANG TENANG"Begitulah kata kata kawan kawan Ana kepada Ana.

2008 ,banyak betul cabaran Ana hadapi tapi Ana berjaya tempuhinya.

" SOHAINA BOLEH TOLONG AJAR TAK BAGAIMANA NAK JADI TABAH SEPERTI SOHAINA"Kata kawan ana kepasa Ana...

Maka Ana hanya menjawab,,MINTALAH DENGAN ALLAH>>>

Bukanlah niat diri untuk RIAK tapi untuk memberitahu bahawa 2008 banyak rupanya mengajar Ana supaya lebih tabah.

TERIMA KASIH ALLAH

Wednesday, December 24, 2008

BERCUTI..BILAKAH ?

dah sebulan lebih cuti sekolah ni asyik sibuk jekk pegi perpustakaan..tetiba dah penghujung cuti sekolah,barula rasa nak bercuti ke sesuatu tempat seperti PULAU TIOMAN..Tapi bagaimana pula dengan keadaan cuaca yang masih tidak berapa baik untuk kesana...Ada kengkawan kata tak best ke PULAU TIOMAN.

PULAU HENTIAN adalah destinasi percutian ANA juga.Tapi Bila entah Ana dapat pergi.Agaknya dalam mimpi je ker..disebabkan waktu dan keadaan yang tidak sesuai ketika ini.
Adakah Ana harus bayangkan ajer seperti disana.TERCARI CARI MASANYA

Tuesday, December 23, 2008

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

REDHA,PASRAH,TAWAKKAL

Pagi ni mesyuarat panitia pendidikan Islam..
Tugas yang ditaklifkan pada Ana pada sesi 2009 ialah sebagai

1. Penyelaras ICT ( dah 4 thn pegang jawatan ni )
2. Setiausaha kem Literasi Quran
3. Jurulatih Nasyid Sekolah.

Ana mesti Redha,Pasrah dan Tawakkal..walaupun sedih gak apabila sesuatu yang kita usahakan secara bersungguh sungguh tapi hasilnya kurang memuaskan hati,HIKMAHNYA Mungkin inilah pengajaran supaya ana tak berbangga diri.Ana mesti sentiasa rendah diri...anyway TERIMA KASIH ALLAH..

Namun pengalaman ini memang merendahkan diri Ana sesangat sehingga semangat Ana kurang.Apakah yang Ana harus lakukan,Ya Allah disaat ini..

Monday, December 22, 2008

PERSEDIAAN TUGASAN 2009

Pagi ni mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2009..dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengahari bermesyuarat didalam bilik gerakan sekolah.

Tugasan ana pada sepanjang tahun depan :

Bahagian Kokurikulum
1. Ketua Penasihat Pandu Puteri Sekolah
2. Guru Penasihat Bola Tampar

Bahagian Hal Ehwal Murid
1. Ahli Jawatankuasa Kaunseling

Bahagian Kurikulum
1. Ahli Jawatan kuasa SURAU sekolah


Esok mesyuarat panitia pendidikan Islam pula..

Sunday, December 14, 2008

5 wasiat dari Allah kepada Rasulullah

December 25th, 2007 by durriyahizdihar
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. · Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. · Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. · Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. · Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. · Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. · Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. · Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. · Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. · Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Saturday, December 13, 2008

PERJALANAN HIDUP ANA

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai perjalanan hidup dan takdir yang berbeza..Cuma atas landasan yang sama iaitu Mengesakan Allah dan menghambakan diri pada Nya.
Perjalanan hidup dan takdir dalam hidup Ana tidaklah sama dengan orang lain..Ujian dan cabaran yang Ana hadapi juga tidak sama dengan orang lain.. Ana tetap Ana yang diciptakan oleh Allah.
hari ni kawan kawin..kawan beranak..tapi perjalanan hidup Ana tak sama macam diaorang..Ana mengejar Ilmu ..Ana berkorban untuk ayah.Itulah Ana..

Saturday, December 6, 2008

HARI WUQUF DI ARAFAH

BAYANGKANLAH KETIKA INI MANUSIA DARI SEGENAP LAPISAN BERPUSU PUSU DI ARAFAH,BERZIKIR MENGADAP ALLAH..ALANGKAH BAHAGIANYA TETAMU TETAMU ALLAH YANG DIJEMPUT..

DI PAGI INI HATI ANA SAYU MENGENANGKAN SUDAH SETAHUN 4 BULAN ARWAH MAMA YANG AMAT SAYANGKAN ANA TELAH MENINGGALKAN ANA.ANA AMAT SEDIH PADA HARI INI KERANA ANA AMAT SAYANG KANNYA..ENTAH APALAH KHABAR MAMA DI ALAM BARZAKH..HANYA DOA DARI ANAKMU INI SENTIASA MENGIRINGIMU..

MAMA..

ESOK NAK RAYA HAJI..TAK SERONOK DAH TAK DE MAMA KAT DUNIA NII...TAPI ANA HANYA PERLU INGATKAN ALLAH AJER..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

DI WAKTU INI ANA CUMA BERDOA SEMOGA ALLAH MEMILIH SOHAINA SEBAGAI TETAMU ALLAH DI MEKAH,,ANA INGIN MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KELIMA INI TAPI APAKAN DAYA,,

Masa Ana di Mesir,,walaupun Ana belajar disana,,Ana tak dapat menunaikan haji..sedihnya..
Walaupun Ana dah tempah hotel di Mekah,,Ana tak dapat menunaikan haji..sedihnya..
Walaupun Ana dah cukup duit untuk pegi ke Mekah melalui rombongan bas dari Jordan..tapi ana tak dapat jugak menunaikan haji..

Ya Allah,,Murahkanlah rezeki Ana untuk bertemu Allah di Mekah,Tanah Suci..

Thursday, December 4, 2008

ILMU HARUS DICARI??

Sabda Rasulullah S.A.W.

sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia,maka hendaklah ia berilmu.
sesiapa yang ingin kebahagiaan di akhirat,maka hendaklah ia berilmu.
sesiapa yang ingin kebahagiaan kedua-duanya,maka hendaklah ia berilmu..

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah