CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2008

HARI HARI YG BERLALU PADA WAKTU CUTI SEKOLAH

Atas ni Gambar tengah penat semasa menjadi ajk program di Taman Malaysia Seremban.hehe
ASSALAMUALAIKUM,,Terasa begitu lama tak update blog kerana ana agak sibuk nak menulis bab satu,dua dan tiga untuk projek penyelidikan ana yang bertajuk PENGGUNAAN COURSEWARE MADRASATI DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB.

Dok tengah belajar macromedia director lagi.dan memikirkan papan cerita,rekabentuk,pengetahuan sedia ada murid dan bermacam macam dalam fikiran ana.Itulah keje ana selama seminggu lebih dah berlalunya cuti sekolah ini..Maklumlah nanti bila dah buka sekolah agak sibuk dan semasa cuti ni jekk peluang Ana untuk berhempas pulas mencari bahan bahan untuk projek penyelidikan Sarjana Bahasa Arab ni.

Sesiapa yang boleh tolong Ana,,Ana amat alu alukan,,plzzzz..huhuhuhu

Monday, November 17, 2008

SELAMAT HARI LAHIR SOHAINA

SELAMAT HARI JADI..itulah ucapan pertama dari abah..Abah lah tiap tiap tahun dan arwah mama yang paling ingat hari lahir Ana.Masa arwah Mama ada,walaupun umur Ana dah masuk 30 thn masa tu,,Arwah mama lah orang yang pertama yang akan menelefon ku di pagi hari untuk mengucapkan selamat hari lahir pada anaknya ini..Mama ..rindu padamu...

Terharu juga bila kawan kawan seperjuangan yang masih mengingati hari lahir Ana walaupun ana tak pernah ingatkan kepada mereka tentang hari lahir Ana.Merekalah sahabat fillah.Terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan selamat hari lahir pada Ana dan mendoakan Ana pada hari ni..

Dalam usia yang semakin matang dan pelbagai ujian yang ana tempuh,alhamdulillah,syukur kerana ana menjadi semakin kuat,,tabah untuk menghadapi ujian akan datang..Ana semakin matang dan redha dengan ketentuan Ilahi..TERIMA KASIH ALLAH

Saturday, November 15, 2008

ALHAMDULILLAH,SELESAI EXAM MASTER

BERTEMU KEMBALI DALAM BLOG DENGAN PERASAAN YANG AMAT LEGA KERANA HARI INI ANA TELAH SELESAI MENJALANI EXAM BAGI SUBJEK NAHU FUNGSIAN .MAKA DENGAN INI TELAH BERAKHIR LAH SEMESTER KEDUA DAN ANA TELAH SELESAI MENGAMBIL ENAM SUBJEK.TINGGAL EMPAT SUBJEK YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENGHABISKAN MASTER BAHASA ARAB..KEMUDIAN BERMULA MENERUSKAN PENULISAN KERTAS PROJEK PENYELIDIKAN..

Tuesday, November 11, 2008

PROGRAM KOKURIKULUM DI TAMAN MALAYSIA SEREMBAN

Murid-murid dikehendaki bergerak mencari jenis daun yang berlainan dan mengumpulkannya

Murid-murid sedang mencari benang-benang berwarna seperti yang di arahkan


Ana sebenarnya minat tengok pokok warna merah nii..geram jekk nak ambik dan tanam kat rumah Ana..Oleh kerana ana takut nak ambik..Jadi Ana ambik gambar jek


Murid-murid mula bergerak mencari serangga dan jenis nama pokok yang dijumpai


Walaupun exam makin hampir,,kesibukan dengan tugas juga kerana minggu ni adalah minggu terakhir sekolah..Pagi ni Ana merupakan salah seorang ahlijawatankuasa program kokurikulum sekolah..akan ke Taman Malaysia di seremban..Sekolah Ana membuat program merentas hutan dan berbasikal di Taman Malaysia..Dari pukul 8 pagi kami guru-guru dan murid SKTTJ menaiki bas dengan diiringi oleh polis trafik.Begitu bangga murid murid Ana bila waktu berhenti di trafic light tetapi bas kami terus jalan jekk.Drebar bas kata kami dah jadi org terhormat pagi ni sebab diiringi oleh polis trafik yang menjaga kami..heheheh.Pukul 5 petang selesailah program.

Sunday, November 9, 2008

USBUUK IMTIHAN ALMAJESTER-MINGGU EXAM

GAMBAR NI DI AMBIL DALAM BAS DR SEREMBAN KE KL.NAK GI LIBRARY UM

ANA SOHAINA HAMBA ALLAH YANG MENUNTUT ILMU KERANA INGINKAN KEREDHAAN ALLAH..SEMOGA DALAM MINGGU EXAM INI,ANA DAPAT IKHLASKAN NIAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN MASTER UNTUK MENANAMKAN ILMU ALLAH DIDALAM DADA .BUKANLAH KECEMERLANGAN EXAM,PANGKAT,HARTA DAN KEDUDUKAN YANG ANA CARI KERANA IA TAK MEMBERI ANA KETENANGAN PUN..TERIMA KASIH ALLAH

Thursday, November 6, 2008

Falsafah hari ini dari Coach


“Mulakan sedikit kegembiraan tersebut kerana dengan sedikit itu akan menarik lebih banyak kegembiraan di dalam kehidupan kita

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah