CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 25, 2008

MASA ITU EMAS


Pagi ni Ana teringat sangat kat arwah mama . Ana ke Tanah perkuburan Bukit Kiara seorang diri dengan menaiki kereta Ana..Ana nak beli air mawar tapi dah habis.Tiba jek terfikir apakah kelebihan menyiram air mawar pada kubur..Entahlaa..Ana percaya pada doa aje.Ana berdoa semoga arwah mama tergolong dalam golongan yang baik.ameen..mama..sedihnyee..

Selepas ni nak ke Library Universiti Malaya.assigment tak siap lagi niii..tak lama lagi nak exam daa

Inilah laptop ana..dah lama laptop ni dalam jagaan ana sejak 2005.Ia banyak berjasa pada ana dalam menuntut ilmu Allah yang amat luas ini.

Sebenarnya Ana sedang membaca tesis Mohd Azidan b. Abd Jabar dan membuat assigment teori amalan dan pengajaran bahasa arab sebagai bahasa kedua di Library Universiti Malaya


Ana ingin mendekatkan diri pada Allah dengan menuntut ilmu Allah, harapan Ana semoga berkatnya ilmu ini. Ana rasa masa itu EMAS KER PEDANG Tapi ia amat berharga..Ana tidak mahu menghabiskan waktu Ana dengan perkara perkara yang sia-sia.Insya allah..ALLAH TOLONG LAA ANA DAN BIMBINGLAH HAMBA MU INI..

Selepas zohor di library membuatkan Ana mengantuk,Ana cuba memberikan motivasi pada diri Ana sendiri dengan menaip dalam blog ini. SYUKRAN

BERSAMA ANAK DIDIK

YANG COMEL NI..MURID DARJAH SATU BESTARI..ANA MEMANG SAYANG SGT KAT DIA.MANIS MACAM ANA MASA KECIK KECIK..HUHUUHU

tengoklah tu anak didik ku pelbagai ragam,yang sebelah tu malulaa kononnnya sebab tu dia tutup mata.Namanya ARIF FIKRI..memang Ana geram sangat kat dia yang cute..banyak tahi lalat.Ana selalu usik nak tahi lalat dia..ni semua darjah 3 bestari..


Yang ni pulak darjah 3 harmoni,,yang putih tu namanya syazwani,nurul ain dan izz wafiq..dari mereka darjah satu lagi,,ana bersama dengan mereka..izz wafiq tu yang menganga mulut seluasnya tu masa darjah satu selalu menangis tak nak dtg sekolah.


Saturday, October 18, 2008

Pembentangan Keberkesanan ABM dalam Pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua

Pagi ni ana terlewat ke Universiti Malaya,penat masih terasa sebab semalam sampai ke Seremban dah pukul 11 malam..tido lewat gakk..Maka 7.30 pagi ni baru bertolak ke Universiti Malaya..Sampai jek di Fakulti Pendidikan,barulah tersedar bahawa segala kertas pembentangan dan juga laptop tertinggal di rumah seremban di muka pintu..apakan daya...nak balik ambik punn,,dah jauh sejam setengah perjalanan akan menyebabkan rugi masa dan kelas pun dah abis masa tuh..

Jadi ana bentangkan juga tajuk Ana:KEBERKESANAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA.Dengan keadaan yang tidak sempurna tanpa laptop,alhamdulillah selesailah juga pembentangan ringkas dari Ana..Pembentang terakhir..Ana bentang jek tentang kajian kajian penggunaan dan keberkesanan ABM yang dikaji oleh Mohd Azidan b. Abd Jabar..

Kesimpulannya Ana dapati keberkesanan ABM ini mesti ada beberapa kriteria seperti tempat,warna,skala yang sesuai dan juga bilangan murid perlu diambil kira.Sekiranya murid yang ramai,Maka ABM kita mestilah besar dan mudah dilihat dengan jelas oleh murid-murid..Jangan terlampau berkilau warnanya..dan tidak membosankan murid..Malah Guru juga perlu ada kemahiran kreatif,inovatif..Insyaallah..Ana berharap Ana dapat menjadi guru yang terbaik..

Friday, October 17, 2008

SARJANA PENDIDIKAN-SUBJEK PENGAJIAN QURAN

Seperti biasa pada petang ini,Ana ke kelas Pengajian Quran di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Kali ini Dr Yusuf Ahmad membincangkan tentang kelebihan Al-Quran dan HAMALATUL Quran..

Terdapat hadis-hadis sahih yang menerangkan tentang kelebihan membaca Al-Quran yang akan saya paparkan disini nanti.

JUMPA LAGI.BUAT MASA INI SAYA AMAT PENAT UNTUK MENULIS HADIS TERSEBUT MEMANDANGKAN BANYAK ASSIGMENT YANG PERLU SAYA SIAPKAN DAN SELESAIKAN..MAALESH..

Sambung sedikit tentang hadis kelebihan membaca Al-Quran

خيركم من تعلم القرأن وعلمه


Bermaksud:Sebaik baik dikalangan kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya

Tuesday, October 14, 2008

BAGAIMANAKAH SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH KEMUNGKARAN SECARA PRAKTIKALNYA

Penat semalam berkursus seharian di PUSAT TEKNOLOGI PERTANIAN ULU SEPRI,REMBAU. belum hilang lagi dan hari ni mula ke sekolah.Murid sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun dan Ana ditugaskan mengawasi murid kelas..

Sambil berjalan menuju ke kelas,Ana berfikir dan muhasabah diri,agaknya BAGAIMANA DIKATAKAN SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH KEMUNGKARAN SECARA PRAKTIKALNYA.BILA DIRENUNG-RENUNGKAN..ADAKAH KITA SOLAT DENGAN KHUSYUK SEKALI?????Kadang-kadang tidak jugak kan..Mesti teringatkan masalah dan berbagai bagai lagi.

SEKIRANYA KITA SOLAT DENGAN KHUSYUK SEPERTI SAHABAT - SAHABAT NABI..ALANGKAH INDAH DAN NIKMATNYA..Saya teringat cerita tentang sahabat Nabi yang kakinya mesti dipotong akibat sakit yang ditanggungnya.Sahabat Nabi itu berkata..SEKIRANYA HENDAK MEMOTONG KAKI KU,,,POTONGLAH KETIKA AKU SEDANG SOLAT..Jadi kakinya dipotong sewaktu dia sedang solat tetapi dia tidak menjerit dan tidak merasa sakit pun ketika solat,,Sehinggalah dia selesai solat,DIA tersedar dan menjerit kesakitan...INI MENANDAKAN SAHABAT TERSEBUT TIDAK MERASA SAKIT KETIKA DIA SEDANG KHUSYUK MENGADAP ALLAH..Bilakah Ana dapat solat sehingga ke tahap para sahabat Nabi..Ya allah,,berikanlah Ana kesempatan untuk beribadat seperti itu terhadap Mu.

Ana sedang berusaha dan solat seolah olah ALLAH SEDANG MELIHAT KITA,,,Begitu juga sekiranya hendak membuat kemungkaran,,SEDARILAH SESUNGGUHNYA ALLAH SEDANG MELIHAT KITA...WALLAHU A'LAM BISSOWAB..

Saturday, October 11, 2008

KELAS TEORI PENGAJARAN ARAB & NAHU FUNGSIAN JAM 8 PG - 2 PTG

Pagi ni Ana bangun awal,ingat kan nak naik bas ssahaja ke Universiti Malaya Penat rasanya nak drive.Tapi fikiran berubah kerana tak larat nak berebut dalam bas PUTRAline nanti,Jadi Ana pun drive sahaja dan sampai tepat pukul 8 pagi di Fakulti Pendidikan.

Pukul 8 Pagi,Subjek TEORI AMALAN & PENGAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA.
Hari ni kena bentangkan tajuk masing2 yang telah diberikan oleh pensyarah Dr. Azhar Zailani..
Pembentang pertama ialah Saudara Ustaz Ainur Razikin membentangkan tajuk Kejelasan Objektif dalam keberkesanan pengajaran bahasa Arab

Pembentang kedua ialah Ustaz Hazli membentangkan tajuk Kepelbagaian Aktiviti dalam keberkesanan pengajaran Bahasa Arab.

Pembentang ketiga ialah Ustaz Wan Aziz membentangkan tajuk Teknik Penyoalan dalam pengajaran efektif

Pembentang keempat ialah Ustazah Hidayati yang membentangkan tajuk MOtivasi dalam keberkesanan pengajaran Bahasa Arab.

Manakala pembentang kelima dan keenam ialah Ustaz Najib dan Ustaz Lutfi yang membentangkan tajuk Membina budaya dan Membina konteks bermakna.

Friday, October 10, 2008

Kelas Pengajian Quran-Sarjana Pendidikan 6ptg -9mlm

Petang ni seperti biasa Ana bertolak ke kelas pada pukul 3 ptg dan sampai awal pula iaitu 4 ptg..Ana terus surau Fakulti Ekonomi untuk menunggu waktu solat Asar.Tetiba hujan agak lebat.Selepas solat Ana hanya menunggu di surau sehingga hujan reda,

Tepat pukul 6 ptg hujan reda,Ana ke kelas.Hari ni belajar tentang MUKJIZAT..MUKJIZAT NABI TERBAHAGI KEPADA DUA HISSI - DAN MAKNAWI..

HISSI= YANG DAPAT DILIHAT CONTOHNYA TONGKAT NABI MUSA,UNTA NABI SALIH DAN LAIN LAIN

MAKNAWI= ALQURAN..(didalam AlQuran mengandungi menceritakan tentang kejadian Alam contoh ayat dr surah FUSSILAT,perjalanan matahari dan bulan contoh ayat dr surah YAASIN,Ilmu Sejarah contoh ayat dr surah RUM dan SABA,Kejadian Bayi dalam Rahim contoh ayat dari surah MUKMINUN ,Tentang OKSIGEN contoh ayat dari surah AL AN'AM

Thursday, October 9, 2008

FADILAT PUASA ENAM

HARI PERTAMA ( 2 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

HARI KEDUA ( 3 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
Keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

HARI KETIGA ( 4 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yakub a.s.
Sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah SWT tidak rela untuknya pahala yang kurang dari syurga.

HARI KEEMPAT ( 5 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

HARI KELIMA ( 6 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa a.s.
Menyamai puasa sepanjang tahun.

HARI KEENAM ( 7 Syawal ):
Mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad SAW.
Jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para Malaikat

Saturday, October 4, 2008

RAYA KEEMPAT

Pada pagi ini dikunjungi tetamu.Alhamdulillah.Ana dan adik gorengkan spageti untuk tetamu.Begitu juga pada malam ini rumah Ana dikunjungi oleh sahabat Ana sekeluarga.Mereka dihidangkan oleh Ana dengan Nasi Dagang dan Lauknya yang baru siap Ana masak pada pukul 9 malam..Ana cuma harapkan pahala dari Allah dan keredhaan dari Nya..Ya Allah!!!REDHAILAH DIRI INI YANG INGIN BERBUAT SEBANYAK MUNGKIN KEBAIKAN..

Kalau niat kita ikhlas,kita tidak akan merasa kepenatan pun.PERCAYALAH KEKUATAN DARI ILAHI,

Friday, October 3, 2008

RAYA KETIGA OPEN HOUSE

Raya Ketiga..Penat memang penat tapi Ana setiap detik perjalanan membeli barang untuk masak nasi dagang ,nasi kerabu,spageti carbonara dan spageti merah,,,ANA DAH IKHLASKAN NIAT MEMBUAT OPEN HOUSE KERANA ALLAH.

Ramai yang datang ke rumah Impian Ana..ALHAMDULILLAH..SEMOGA ANA BERTAMBAH MURAH REZEKI..Lepas Jumaat hinggalah ke malam ,,ramai saudara dari Kuala Lumpur dan kawan-kawan yang datang..TERIMA KASIH ALLAH.

Wednesday, October 1, 2008

HARI INI HARI UMAT ISLAM MENYAMBUT KEMENANGAN

ALHAMDULILLAH,Hari ini adalah hari umat Islam menyambut kemenangan setelah sebulan berhempas pulas melawan nafsu syahwat..Akhirnya hari ini mereka telah berjaya dan tibalah masanya untuk menziarahi pula sanak saudara yang sudah lama tak diziarahi kerana kesibukan bekerja..

Itulah Ana,,huhuhu..Dipagi raya Ana membawa ayah Ana untuk menziarahi kubur Ibu tercinta..Keadaan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara amat sesak sehingga polis terpaksa mengawal keadaan lalulintas,Maklumlah ramai kaum kerabat diraja ingin menziarahi kubur disitu..BAGAIMANA PULA ADA SEORANG USTAZ MEMBERITAU DIDALAM RADIO BAHAWA KITA TIDAK DIBENARKAN MENZIARAHI KUBUR PADA HARI RAYA PERTAMA...
Tapi bagi pendapat Ana,Selagi niat kita bukan untuk bersedih dipagi raya,apalah salahnya..Ana pergi kesana bukan dengan perasaan sedih.Kami tak menangis dan tak membaca Yaasin seperti mereka yang lain..Cukuplah menziarahi supaya kita tidak lupa diri bahwa bila bila masa kita jugak akan kembali ke kubur.Tidak kira masa hari raya ker atau bila saja..Nabi menggalakkan kita menziarahi kubur untuk mengingati mati..bukanlah untuk menangisi pemergian yang sudah tiada..

Selepas menziarahi kubur,tibalah pula tanggungjawab Ana seterusnya membawa Ayahnda tercinta menziarahi sepupu dan saudara2nya di Kuala Lumpur sehingga lah malam menjelma barulah Ana membawanya pulang..

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah