CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 30, 2008

كل عا م وأنتم بخير

KULLU AAM WA ANTUM BIKHOIR..inilah yang diucapkan oleh Orang Arab semasa ana di Mesir dulu..kenangan berhari raya di Mesir bersama sama kawan kawan masih terbayang-bayang tanpa keluarga...Dan hari ni pun sama di Malaysia,Ana beraya buat tahun keduanya tanpa MAMA lagi,,Kali kedua beraya di kubur arwah MAMA...Mama ku dah jadi ahli kubur..Ana mesti menziarahi Arwah mama yang keseorangan.

Jikalau tahun lepas agak sedih kerana Arwah Mama meninggal 28 OGOS 2007..Dan kita berhari raya pada bulan SEPT..membuatkan Ana sebak didalam bilik sesorang mendengar takbir raya..Tapi pada tahun ni alhamdulillah,,Ana dapat mengatasi sebak mengenangkan arwah MAMA..Ana dah dapat buat biskut raya dan mengemas rumah..

AKHIR KATA..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YANG MELAYARI BLOG ANA..MAAF DIPINTA DIATAS SEGALA KESALAHAN ANA SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG HINA INI..

Sunday, September 28, 2008

MASWAFI DAH BUANG BLOG ANA

ANA FAHAM PERASAAN MASWAFI..YERLAH!! SEBAGAI SEORANG ANAK YANG TAAT SETIA KEPADA IBUNYA..IBUNYA ingin melihat anaknya bahagia..Semoga Maswafi bahagia dan dia telah membuang blog Ana dari senarai link blognya..Itulah permintaan Ana kerana Ana rasa tiada gunanya lagi blog Ana didalam blognya apabila Maswafi sms yang dia tak boleh berkawan dengan Ana lagi

Saturday, September 27, 2008

BERJIMAT-JIMATLAH SOHAINA

HARI NI CADANGNYA NAK KE NILAI 3..TAPI APALAH GUNANYA MEMBUANG DUIT..ANA BACA BUKU TENTANG PENGALAMAN ORG-ORG KAYA..MEREKA TIDAK SUKA BERSHOPPING DAN MENGHABISKAN DUIT DISUPERMARKET.

ana cuba mengikut pengalaman pengalaman tersebut.Alhamdulillah ana berjaya..kawan-kawan ada yang ajak bershopping atau window shopping tapi memang ana tak suka dan menolak ajer pelawaan mereka..Jadi ana pun menghabiskan masa di rumah ajer lebih baik.
MASWAFI MASIH TAK MEMBUANG LINK BLOG ANA DARI BLOG NYA>>MUNGKIN DIA SIBUK BALIK KG DAN TAK MEMBUKA BLOGNYA LAGI>>

KENAPA MANUSIA MENGHUKUM ANA SEBEGINI


SALAHKAH ANA DILAHIRKAN SEBEGINI.Manusia menghukum lagi Ana...Ya allah Tolonglah SOHAINA..Sohaina tak bersalah dilahirkan dan telah ditakdirkan sebegini.bukanlah semuanya kehendak SOHAINA


Sebabtulah pergantungan kepada ALLah saja yang amat penting...Ana takdelah mood nak beraya tahun ni.Setelah maswafi sms sebegitu bertambahlah kurengnya mood Ana nak kemas rumah.INI BAJU RAYA PUN ANA BELI MASA ADA SEMANGAT SEBELUM MASWAFI SMS.ANA MEMANG MINAT SONGKET..KALAU BOLEH BAJU ANA SEMUANYA ALA SONGKET.MURAH JER BELI KAT JALAN MASJID INDIA

PAGI NI BERITA SEDIH LAGI


Pagi ni sepatutnya ana keluar awal pukul 8 pagi untuk ke Pelantikan Pemimpin Pandu Puteri Tunas tapi Ana pergi pukul 9 pagi..Alhamdulillah pukul 11 pagi Ana dah dilantik sebagai PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS.Cara pelantikannya dengan membaca Persetiaan Pandu Puteri iaitu
BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA DENGAN SEDAYA UPAYA AKAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN SAYA KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA SAYA MALAYSIA
-MENOLONG SETIAP MASA
MEMATUHI UNDANG-UNDANG KEPANDUAN

Pagi ni Ana mendapat berita sedih lagii dari maswafi..Melalui sms dia menulis bahawa Dia dah tak nak kawan dengan Ana lagi..Ana redha,pasrah.Ini semua ujian Allah buat Ana..Ana terima ..Ya ALLAH..

LELAKI DATANG DAN PERGI DALAM HIDUP ANA. Cikgu Asri menasihati ana supaya jangan lagi contact wafi..Dia mungkin dah ada minah lain..Abg angkat ana pulak nasihatkan ana bahawa ramai lagi wafi lain kat luar sana...Kak jun nasihatkan ana mungkin wafi bukan pilihan Allah untuk ana..Kawan satu kelas master dengan Ana nasihatkan bahawa mungkin wafi ada something yang dia tak boleh nak ceritakan pada Ana yang membuatkan dia dah tak nak kawan dengan Ana.Ima pulak nasihatkan Ana bahawa CINTA tak boleh dipaksa..Hantarkanlah Love Energy kepadanya..Letih dah Ana..Ya Allah....

Walau bagaimana pun Ana harus meneruskan perjuangan hidup Ana menuntut Ilmu Allah....Assigment master yang tak disiapkan lagi harus dibuat segera..Cita cita sohaina untuk menjadi pensyarah bahasa arab harus di teruskan dengan bersungguh sungguh dan bersemangat tanpa kawanku maswafi lagi....

Friday, September 26, 2008

sedih jer hari ni

Hari ni jumaat yang menyedihkan..Orang yang Ana sayangi meninggalkan sekolah,
Malam ni Ana jumpa dia tapi lidah Ana kelu dan tak tau nak berbual apa..Entahlah,,Dah takde rezeki,,

Petang pukul 3 hujan agak lebat,Ana ke Universiti Malaya kerana kelas bermula pukul 5.30.Hari ni belajar tentang HUKUM MAD...bahagian Mad kerana Sukun dan Mad kerana Hamzah.
Mad kerana Hamzah dibaca 4,5, dan 6 harakat.
Tanda-tanda Khas dan Bacaan Isymam iaitu mesti dimuncung kan mulut untuk dengung pada satu sahaja ayat dalam al Quran iaitu pada kalimah لا تأمنا (La Tak manna)
Bacaan Imalah juga hanya pada satu ayat iaitu بسم الله مجريها ( Bismillahi Majreeha)
Itulah sebahagian yang Ana belajar pada malam ni..Pukul 9 malam selesai kelas..dan balik ke Seremban

Wednesday, September 24, 2008

TRAGEDI JATUH MOTOR

hahahahah

Adakalanya Ana nak tersuke sesorang sebab petang tadi ON THE WAY ke GIANT dengan skuter...tiba di jalan yang berbatu batu,skuter tak dapat dicontrol dan ana terjatuh dari skuter...Cepat cepat ana bangun dan mengangkat motor.

Ada seorang bebangsa India yang datang menolong Ana.Segan jugak bila ditanya bagaimana boleh jatuh..Tayar skuter ini kecik dan terkena batu besar..Apa nak buat..Ini baru dugaan kecik ajer..Semasa beli skuter ni pun,memang cina jual skuter ni dah kata kat ana,Kalau Jatuh nanti,janganlah serik untuk naik motor..Badan ana takde rasa sakit sangat,Alhamdulillah.

Pagi tadi pula semasa di Sekolah,Ana nak ajak cikgu tu pegi buka poser sesama tetapi mulut ana tak terbuka untuk ajak..Entahlaa kenapa..

Monday, September 22, 2008

Redha dan Pasrah jer,SOHAINA

Hari ni Ana rasa sedih sangat bila melihatkan insan yang Ana sayangi asyik tiada respon kepada Ana,Ana REDHA..Pandangan Allah yang memberikannya tiada respon pada Ana.Apa boleh Ana buat lagi..Ana dah letih,Ana dah penat..Ana nak berserah pada Allah.,Tapi kadang-kadang Ana berfikir jugak kenapa jadi begini..Mungkin apa yang Ana suka adalah tidak baik untuk Ana dan Perkara yang Ana tak suka itulah yang terbaik buat Ana..

REDHA DAN PASRAH jerlaa SOHAINA

Sunday, September 21, 2008

Biskut Raya Pertama

Hari ni berjaya juga ana membuat biskut raya untuk insan-insan yang disayangi.

Pukul 3 petang selepas selesai membuat biskut almond london,Ana menjemput Hafis,,Adik Ana untuk menolong ana mengecat rumah .Sekejap jer mengecat rumah,,Kemudian bersedialah untuk berbuka puasa bersana Adik dan Abah.

Memang penat betul hari ni tapi seronok dan puas hati,Biskut raya menjadi dan rasa enak sekali.

Friday, September 19, 2008

sohaina,berhati hati bila berkata kata

sohaina,
Hidup ini banyak ujiannya.Berhati hatilah apabila berkata kata kepada manusia.Sikit jer perkataan yang keluar dari mulut pun akan tersebar jua.
Namun,
Sohaina akui dapat menanggung ujian mulut manusia ini dengan tabah.Memang malu jugak tapi kena hadapi dan buat tebal jek muka..Malu kepada ALLAH adalah lebih penting.Malukan diri untuk melakukan perkara yang Allah tak suka.Apa yang Allah tak suka,Fikir-fikirkanlah sebelum membuat sesuatu ,wahai Sohaina.

Pagi ni di sekolah memang memalukan.Tapi sohaina kan seorang yang TABAH.petang ni ke Fakulti Pendidikan. Ana anggap ini satu jihad,pukul 5.30 bertolak dari seremban selepas menghantar buku program Majlis Khatam Quran disekolah.TERus sampai Universiti Malaya pukul 6.30.Pensyarah tak cakap banyak walaupun sejam ana lewat kerana kuliah bermula pukul 5.30 ptg lagi.Seperti biasa kami berbuka puasa didlm kuliah kemudian solat maghrib dan sambung kuliah hingga pukul 9 malam.Barulah pegi kedai makan dengan kawan untuk makan makanan berat pula.

Petang ni pensyarah menerangkan tanda tanda Mashaf Uthmani.Mim Sakinah terdapat 3 jenis begitu juga Nun Sakinah serta tentang Tanwin bertemu hamzah wasal.Alhamdulillah dapat juga ilmu hari ni .RInduku pada ILMU Allah susah nak dibendung.Entah kenapa ana susah nak bendung perasaan nak menuntut ilmu Allah.Ana berdoa supaya dapat teruskan perjuangan ana menuntut ilmu ini.Janganlah ada manusia yang dengki pada Ana yang suka menuntut ilmu.Tu jer yang ana harapkan

Saturday, September 13, 2008

IMPIAN ANA

PUKUL 8 PAGI KELAS ANA UNTUK SUBJEK TEORI DAN AMALAN PENGAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA BERMULA,ANA BERTOLAK DARI SEREMBAN DENGAN MENAIKI KANCIL ANA PADA PUKUL 6.40 PAGI DAN ALHAMDULILLAH TEPAT 8 PAGI ANA DAH BERADA DI FAKULTI PENDIDIKAN.

ILMU HARI INI TENTANG JENIS MANHAJ ATAU KURIKULUM PENGAJARAN BAHASA ARAB YANG KEEMPAT IAITU MANHAJ MUTA'ADDID AL IB'AD ATAU MULTIDIMENSIONAL CURRICULUM.KEMUDIAN BARULAH BELAJAR TENTANG METHOD PENGAJARAN BAHASA IAITU TORIQOH NAHU WATTARJAMAH ATAU TRANSLATION METHOD DAN TORIQOH MUBAASYARAH ATAU DIRECT METHOD.

SEMOGA ILMU INI DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK PENGAJARAN BAHASA ARAB NANTI..

2 IMPIAN ANA YANG TAK TERCAPAI LAGI IALAH UNTUK MENJADI PENSYARAH BAHASA ARAB.DAN SATU LAGI....

DOAKAN ANA BERJAYA...

Wednesday, September 10, 2008

HARI KEDUA EXAM UPSR

Hari ni merupakan hari kedua peperiksaan UPSR.Cuma satu subjek sahaja iaitu Mathematics Paper 1.Memang keadaan tidak memenatkan seperti kelmarin iaitu 3 subjek..Pukul 9.15 dah habis exam.Tapi keletihan kelmarin memang tak hilang lagi..

Kelmarin ada murid yang baru lepas operation apendix.Dia nak muntah dan Ana membawanya ke tandas dan murid perempuan itu muntah berdarah.Hari ni ada murid lelaki yang demam denggi tapi beransur pulih.Ana hanya mengawasinya sahaja.

Kesimpulannya ,Tugas Mengawas Peperiksaan ini nampak mudah tetapi orang yang mengawas sahaja tahu bahawa ia amat memenatkan dari masuk ke kelas dan mengajar.Kami kena berdiri lama dan tidak boleh duduk langsung.Yang paling lama adalah subjek Bahasa Melayu Penulisan yang Ana kena mundar mandir selama satu jam lima belas minit.

Semoga dibulan Ramadhan ini,Ana dapat ikhlaskan menjalankan tugas ini kerana Allah.Mungkin itu dapat membuatkan ana tidak berasa penat.Insyallah

Tuesday, September 9, 2008

Tugasan Pengawas UPSR di SK Taman Paroi Jaya

Pagi ni hari pertama peperiksaan UPSR di adakan.Ana bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan UPSR buat pertama kalinya.Mulanya rasa tak tau nak buat apa.Alhamdulillah lepas tu,dah biasa dengan tugas ni..

Yang agak penat sebab lama kena berdiri dan mengawas untuk kertas Bahasa Melayu Penulisan iaitu sejam lima belas minit.

Petang ni Ana nak hayati lagu kasih sayang yang ana paparkan tu..Supaya biarlah Ana hanya ingatkan Allah yang sentiasa melihat kita...Biarlah kasih sayang Ana menebal pada Allah daripada Manusia...

Monday, September 8, 2008

Kasih Sayang

Kasih Sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana Kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
penguatt jiwa penghapus duka

Kasih Manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan Janjinya pasti

Tanpa kasih sayang tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Saturday, September 6, 2008

SOHAINA,ALLAH ADA BERSAMA KAMU

SOHAINA,
INGATLAH SESUNGGUHNYA SOHAINA TAK KESEORANGAN.SESUNGGUHNYA ALLAH ADA BERSAMA MU.SABAR DAN BERSERAHLAA PADA ALLAH.

PUKUL 6.40 PAGI,ANA KE UNIVERSITI MALAYA DENGAN MENAIKI BAS DARI SEREMBAN.ALHAMDULILLAH,,ANA SAMPAI DIFAKULTI PENDIDIKAN TEPAT PUKUL 8 PAGI.SETELAH MENAIKI LRT DAN BAS PUTRA UNTUK KE UM.

HARI NI BELAJAR TENTANG MANHAJ ATAU KURIKULUM BAHASA ARAB IAITU MANHAJ NAHWI,MANHAJ MAWAQIF DAN MANHAJ FIKRAH..SETIAP KUMPULAN DIBERIKAN TAJUK TERSEBUT DAN BUAT PRESENTATION DLM KELAS.

PUKUL 1 TENGAHARI SELESAI KELAS,ANA TUNGGU UTK SOLAT KEMUDIAN TERUS BERTOLAK KE SEREMBAN DENGAN MENAIKI BAS.SERONOK DAN RELAKS NAIK BAS.DAH LAMA TAK NAIK BAS SEBAB ASYIK MEMANDU SENDIRIAN AJER.KERAJAAN MEMBERI KEMUDAHAN LRT DAN PELBAGAI LAGI SUPAYA KITA GUNAKAN.ALHAMDULILLAH.INI DAPAT MENGURANGKAN KENDERAAN DI ATAS JALAN RAYA.DAN DAPAT MENJIMATKAN MINYAK DAN TENAGA.

Friday, September 5, 2008

BERBUKE POSER DLM KELAS MASTER

PUKUL 6 PTG,kelas master untuk pengajian quran pun bermula,kami belajar sehingga pukul 7.20 mlm..waktu berbuka puasa pun tiba,kami berbuka dengan kurma dan terus sambung belajar.Beginilah keadaan penuntut ilmu.Nikmatnya menuntut ilmu.Hanya Allah jer yang tau betapa bahagianya hati Ana dapat menuntut ilmu.
Petang ni kami belajar tentang AlQuran diturunkan tujuh huruf.bermaksud tujuh bacaan.dan selanjutnya nanti yer..
Malam pukul 8 dah abis kelas awal.Ana rasa nak balik seremban.Ana malas nak tido kat rumah kawan kat kl.Terus Ana memandu dan sampai Seremban pukul 10 malam.Ana memandu dalam keadaan sedih ,takde mood dan sunyi..Entahlah..Biasanya kalau keadaan Ana camni,memang Ana terus tido jerk.

Tuesday, September 2, 2008

YA ALLAH KUCORETKAN ISIHATI KU KEPADAMU

YA ALLAH..SESUNGGUHNYA ANA BERSERAH PADA MU..APALAH DAYA ANA LAGI..
HARI INI SEMEMANGNYA ANA GEMBIRA SESANGAT SEHINGGA MURID-MURID ANA BERKATA USTAZAHNYA TAK MOYOK MACAM DULU...TAPII

PETANG NI ANA SEDIH..PUTUS ASA PUN ADA..ENTAH APA YANG ANA PUTUS ASA..
SOHAINA...SESUNGGUHNYA SOHAINA TAK BOLEH PUTUS ASA..TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENGEJAR IMPIAN MU DAN AYAH YANG INGIN MELIHAT SOHAINA BERGELAR DR PhD dalam kepakaran Bahasa Arab..

SOHAINA TAU ALLAH MAHA ADIL DAN BERSERAHLA PADA ALLAH PADA BAB PUTUS ASA..ALLAH SAJA YANG TAU HATI DAN PERASAAN SOHAINA TIKA INI..MEMANG SOHAINA DAH LETIH DENGAN KEADAAN INI TAPI SOHAINA...ANTI MESTI TERUSKAN PERJUANGAN YANG LAIN WALAU GAGAL PERJUANGAN SATU LAGI..

PERJUANGAN MENUNTUT ILMU ALLAH MEMANG TETAP ANTI TERUSKAN TAPI PERJUANGAN SATU LAGI TUUU..BERSERAH SAJA PADA ALLAH..

SOHAINA....KAU DAH CUKUP TABAH MENGHADAPI KEHIDUPAN INI SEORANG DIRI..TERUSKAN SAJA..SESUNGGUHNYA ALLAH MASIH ADA BERSAMAMU..ANTI DAH CUKUP GIGIH DAN ALLAH TELAH MEMBERIKAN RUMAH IMPIAN MU..SOHAINA..ANTI HANYA PERLU MENJAGA SEORANG TUA YANG BERGELAR AYAH..TERUSKANLA PERJUANGAN HIDUP MU ITU..WALAUPUN TERPAKSA BERSERAH PADA SATU PERJUANGAN YANG LAIN.

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah