CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 27, 2008

HARI NI KE JUASSEH


HAII..

PEPAGI JUMAAT NI LEPAS MENGAJAR MURID KELAS 4 BESTARI,IAITU PADA PUKUL 10.40 PAGI ANA PUN KE JUASSEH UNTUK MENGAMBIL MURID PANDU PUTERI YANG MENYERTAI PERKHEMAHAN DISITU.

AGAK LAMA JUGAK DISANA,,SEBAB ADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP.KIRA-KIRA PUKUL 2.30 PTG BARULAH BERTOLAK KE SEREMBAN SEMULA.

SEPANJANG PERJALANAN KESEREMBAN,MURID-MURIDKU MENCERITAKAN PENGALAMAN CAMPING DISITU,MEREKA NAMPAK GEMBIRA SEKALI.

Wednesday, June 25, 2008

TUGAS HARI NI(PERKHEMAHAN PANDU PUTERI)

ASSALAMUALAIKUM..

PEPAGI NI SAMPAI DISEKOLAH ANA MENCARI DUA ORG MURID PANDU PUTERI YANG AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN PANDU PUTERI DI KEM RIMBA ILMU JUASSEH.

PUKUL7.30 PAGI,KAMI BERTOLAK DARI SEKOLAH DAN SAMPAI DI KEM TERSEBUT PADA PUKUL 8.30 PAGI.ANA MENDAFTARKAN MURID TERSEBUT DAN MEMASANGKAN KHEMAH MEREKA..

PADA PUKUL 1 TGHARI BARULAH ANA BERTOLAK BALIK KE SEREMBAN SEMULA

Monday, June 23, 2008

Ahad dan Isnin yang tak rest

Assalamualaikum..

Pepagi ahad dah bangun nak menanda kertas peperiksaan setengah tahun kelas agama petang.Memang memenatkan sebab semalam punya letih pun tak hilang lagi..yerlaa..semalam dah laa balik pukul 11.30 malam..Pepagi ahad ni tak dapat nak pulak nak rest dan tidooooo..

Isnin ni dah start kerja semula.busy sebab nak kena bagitau pasal mesyuarat elaporan jqaf tu kat guru pendidikan islam yang lain..Petang lak busy dok memilih peserta dikir barat untuk majlis semaian wahyu tu..

Saturday, June 21, 2008

Malam ni Dinner di TTJ Golf Club

Hai geng..

Malam ni ada dinner kat TTJ GOLF CLub..Pada mulanya nak gi ker tak nakk..memang demam nii.. tapi ku gagahi jua diriku..huhu

Pagi ni dok buat cabutan bertuah untuk hamper guru..Walaupun demam tapi dah tak rasa demam kejap sebab fikirkan tugas...

Okeylaa..Lepas maghrib ana pun apa lagi..bersiap laa ke TTJ Golf Club..Seronok jugak rasa hati dan rasa terhibur..hilang sikit dah demam ku..

Balik dah pukul 11.30 malam..memang mengantuk giler..tapi solat laaa dulu..ayoyo

Friday, June 20, 2008

Penat,Selsema dan Rasa nak demam hari ni

Assalamualaikum..Bertemu lagi dalam blog Ana yang serba kekurangan ini,,,

Hari ni di sekolah penat betul sebab kena jaga kelas tahun satu Pintar dari pukul 7.40 pagi hingga 11.30 pagi..

Hari ni adalah hari terbuka sekolah..Ibubapa datang ambil rekod laporan anak masing-masing kemudian ada yang membawa pulang anak mereka selepas mengisi borang kebenaran keluar dari saya.

Pukul 11.30 pagi sibuk nak ke mesyuarat elaporan di Port Dickson. Berkejar mengambil laptop sekolah.Dah la panas cuaca hari.Rasa nak Demam dan Selsema lagi..

Pergi Port Dickson tumpang kawan..Perjalanan mengambil masa satu jam jugak sebab lalu jalan biasa bukan highway. kalau highway banyak speed trap..Sampai disana pukul 2 ptg.dah la mesyuarat start pukul 2ptg.Kelam kabut nak solat zohor.Mesyuarat tentang Elaporan j-QAF 2008.Dapat CD baru.agak berbeza dan agak mudah kerana terdapat eksport ke floppy A dan ke C...Cuma yang lecehnya sebab tak boleh copy paste..penatla nak kena menaip satu satu..
Abis mesyuarat dah pukul 5.30 ptg.Terus solat Asar dan makan..Last-last bertolak ke seremban pukul 6.15 petang..

Sampai dirumah ,,nak kena buat cabutan bertuah pulak..sebab esok ada dinner yang kelab guru anjurkan di TTJ Golf Club..Saya pulak AJK Hadiah

Monday, June 16, 2008

RINDU NAK MENULIS BLOG ANA

ASSALAMUALAIKUM

ANA KEMBALI MENULIS CORETAN HIDUP ANA..SETELAH SEMINGGU ANA TINGGALKAN..MAKLUMLAA SEKOLAH DAH START MINGGU LEPAS..BUSY MENULIS REKOD BACAAN ALQURAN MURID..
RINDUNYEEEEEEE..PADA BLOG..HUHUHUHU..

MINGGU NI MURID KAFA ADA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN.ANA MENGAWASI MEREKA DAN MENANDA KERTAS PERIKSA JER LAA..

YA ALLAH,,TERIMA KASIH DAN SYUKUR PADAMU KERANA MENGIZINKAN ANA MENULIS SECORET KATA DI BLOG INI..HARI NI KALAU NAK HITUNG DOSA ANA BERTIMBUN KERANA ANA KURANG BERZIKIR PADA HARI NI..MAAFKAN ANA ,YA ALLAH..BUKAN MAKSUD ANA CAMNI..ANA SAYANG KAN ALLAH..

Sunday, June 8, 2008

DOA RABIATUL ADAWIYAH

TUHANKU..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA

DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN

WAHAI ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA

ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA

TETAPI WAHAI TUHAN..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU

Saturday, June 7, 2008

TIADA APA YANG MENARIK HARI NI TETAPI



Tengoklah ayah ana..kesian dia dah tua!!ana dok berdua dengan dia ajer laa.sejak arwah mama dah takde bulan 8 tahun lepas


ASSALAMUALAIKUM..

HARI NI ANA DUDUK DIRUMAH,,KEMAS RUMAH AJER LA.MAKLUMLA RUMAH BARU LAA KATAKAN..BANYAK YANG NAK DIKEMASKAN..

SEMASA DOK MENGEMAS TU TERJUMPA AUTOGRAF MASA SEKOLAH RENDAH DULU,TERUS TERGERAK HARI NI NAK CALL KAWAN LAMA..TAK SANGKA TAUU..DAPAT BERCAKAP DENGAN KAWAN SATU KELAS MASA SEKOLAH RENDAH ..BAYANGKAN LAA...RASA NYA ADA TAK 20 THN LEPAS DAH LOST CONTACT,
IAITU SELEPAS MASING MASING MEMBAWA HALUAN MENYAMBUNG PELAJARAN.SEMUA KAWAN KAWAN DAH KAWIN DAN DAH NAK KAWIN PUN ADA..ANA JER YANG MASIH MENGEJAR CITA CITA ANA NAK JADI PENSYARAH BAHASA ARAB..DOAKANLAA YER..LEPAS ABIS MASTER,,,NAK REHAT SETAHUN DAN SAMBUNG PHD..BEGITULAH PLANNING DAN TARGET..

Wednesday, June 4, 2008

Hari ni result "MASTER"

ALHAMDULILLAH...PAGI NI LEPAS SUBUH..DOK MUNAJAT JAP..SAMPAI PUKUL 8 PAGI
TETIBA TERGERAK DIHATI NAK CALL KAWAN UTK TANYA RESULT MASTER DAH KELUAR KER BELUM...

HATI ANA AMAT BERSYUKUR APABILA MELIHAT EXAMINATION RESULT DI LAMAN WEB..ANA LULUS..ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI KESYUKURAN ANA PANJATKAN TERHADAP ILAHI KERANA TANPA KEIZINANNYA SIAPALAH ANA UNTUK MENDAPAT MARKAH SEBEGINI..HANYA ALLAH YANG TENTUKAN SETELAH ANA BERUSAHA BERJUANG MENUNTUT ILMU ALLAH..

Tuesday, June 3, 2008

MINYAK DAH NAIK HARGA LOOO

MALAM NI PUKUL 11 ANA KUAR SESORANG JAP NAK GI ISI MINYAK KERETA..BERDERET-DERET KERETA BERATUR MENUNGGU GILIRAN UNTUK ISI MINYAK..PENAT JUGAK MENUNGGU .NASIB BAIK LAA ANA SEMPAT UNTUK MENGEJAR WAKTU TU..

MAKLUMLAA PUKUL 12 TGH MLM MINYAK DAH NAIK HARGA..APA NAK JADI DAA...

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah