CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 16, 2008

SLAMAT HARI GURU SOHAINA



Hari ini 16 MEI 2008 adalah hari guru..bermakna dah 3 tahun ana menjadi guru j-QAF.Sedih dan terharu jugaklaa sebab Allah mengizinkan berkhidmat sebagai seorang pendidik anak-anak islam. Ana begitu bersyukur kepada Pencipta sehingga berasa begitu sedih di pagi jumaat ini.Apabila menyanyikan lagu GURU MALAYSIA beramai-ramai,lagi laa bertambah sedih..Ditambah lagi kesedihan apabila hari ni kami menyambut majlis persaraan seorang guru pemulihan,Dia dah menamatkan perkhidmatannya tapi ana baru nak bermula sebagai seorang guru biasa..Cita-cita pun masih jauh lagi...Bermula dari guru biasa ini laa..ana akan berusaha untuk naik lagi keperingkat yang lebih tinggi dengan pertolongan dari Allah dan orang atasan..


Acara-acara hari ni seperti tahun lepas hanya laa bermain bola jaring,ana tak berminat dengan permainan itu,jadi ana duduk jer dalam bilik guru dan membaca quran..memang dah rutin harian dalam bilik guru,ana mesti membaca surah-surah tertentu yang menjadi amalan ana..tetiba datang laa seorang cikgu yang tak turun kepadang jugak.Dia minta ana mendengar bacaan ayat Quran yang dibacanya. Jadi ana pun betulkan kesilapan tajwidnya..


Kemudian murid-murid kesayangan pun datang bagi hadiah kat ana kat dalam bilik guru nii..ana pun suruh laa mereka bukak hadiah tu semua sebab ana malas nak bawak balik sampah pembalut hadiah tu..heheh..mereka dah selesai bukak..ana suruh mereka kuar dari bilik guru..hehe jahat tak ana niiii..


Sekejap jer masa berlalu,dan dah pukul 12 tengahari,,masa untuk pulang kerumah..abah ana nak ke masjid untuk solat jumaat,,dia perlukan kereta ana.ana pun terus pecut balik..heheh.tiap jumaat memang ana laa org yg first balik ..hehe.dah balik umah,,apalagi ana pun membuta laa,,lauk dah dibeli oleh abah ana..tapi ana tak makan pun..diet beb...hehhe.


Alamak dah pukul 2.30 ptg ,ana masuk mengajar kelas agama petang kat sekolah..seronok hari ni mengajar petang sebab ramai murid tak datang..hehe.dah pukul 5ptg,,ana tak balik terus kerumah lagi tapi ana gi rendek jap sesorang kat kedai kereta secondhand..hajat dihati nak beli kereta Honda Accord tapi takde rezeki sebab 3 buah kereta Honda secondhand yang ana tanya tu dah dibooking oleh orang lain..anapun balik jer laa kerumah dan solat asar..ana dok fikir nii..nak bagi kereta kancil ni untuk ayahanda ana ..masih esok nak survey kereta untuk ana lagi..


Dah maghrib nii..ana nak solat dan nak gi mengajar mengaji pulak nii..sampai disini dulu yerr..

0 komen:

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah