CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 24, 2008

OKEY TAKK!!!







amacam!!!!!!!!!baru jer cuba cuba buat..heheh



Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikatLahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan keretaKondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

KEMBALI BERCUTI..YAHOOO!!!


haiiii..kembali cuti sekolah..takde apa yang menarik hari nii.hanya berehat sepuasnya..heheheh

Friday, May 23, 2008

HAII..JUMAAT YANG PENUH BERKAT

ASSALAMUALAIKUM..HARI NI LAST SEKOLAH..LAST JADI MC PERHIMPUNAN..APA LAGI..AMBIK LAA KESEMPATAN NI BERI TAZKIRAH..ALHAMDULILLAH..DAH SELESAI PUNN..
TENGOKLAA ANAK MURID ANA KAT BELAKANG TU..MESTI RINDU KAT DIER..BARU DARJAH DUA TU

Tuesday, May 20, 2008

Dah mula start sekolah hari nii


haiiiiiiiii!!!!!assalamualaikum..murid-murid semua..hari ni takkusangka,,,ana kena bertugas kat perhimpunan..secara mengejut..sebenarnya bukan laa ana yang kena bertugas tapi ganti bagi guru yang pergi entah mana..mungkin guru tu hantar bebudak softball..Apa lagi ana pun pakai hentam jer cakap kat depan perhimpunan..mujurlaaaaaaaaa..
Esok pagi kenA CAKAP ENGLISH PULAK DAHH..AYOYO...!!NAMPAKNYE ANA KENA ACU CUBA TRY TEST AJERLAA..PAKAI BANTAI JER LAA..BOLEH TAK..HEHEHEHE..DOAKAN ANA ESOKK..

Sunday, May 18, 2008

haaaaaaaaaa..ini gambar tahun lepas laa.sesajer teringat nak masukkan dalam blog nii..sebenarnya ana baru jer balik dari mengajar nii.teringat lak kat kak jun.jadi ana masukkan laa gambar ana dengan kakjun dan kak zai semasa sambutan merdeka tahun berapa yekk...tak ingat laa..hehehe ..dah tua kot..itu gambar masa ana tua..sekarang dah nampak bertambah muda..hehehhee.perasan nyer...bila lagi nak perasan..hehhehek..okey..bye..jap lagi sambung lagi..nak tanda kertas periksa japp..tak siap siap lagi..hehe

Hubungan kasih sayang seorang individu mengikut bulan kelahiran

Januari-
Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya di khianati - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3,6,8,11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari-
Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Kurang beremosi terhadap pasangannya. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. - Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac-
Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati - Sangat baik dalam menjaga perhubungan - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Persaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa. - Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12. - Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. - Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha . - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2 - Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan giler KHINZIR@PIG jiwang).

Mei-
Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Kurang suka untuk sentiasa bersama. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11

Jun-

Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Cepat rasa bosan dalam percintaan. - Kurang yakin dalam perhubungan. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. -
Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai-
Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. - Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7

Ogos-
Tidak serius dalam perhubungan - Mengambil mudah dalam perhubungan - Kesetiaan di ragui. - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sering bertukar pasangan - Sukar mencari pilihan yang tepat - Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima. - Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12 - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September- Bersopan dalam hubungan - bertolak ansur terhadap pasangan - Suka mengkritik pasangan - Sangat prihatin terhadap pasangan - Sangat sensitif dan emosi - Pandai memahami pasangan - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan - Amat memilih pasangan - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11

Oktober-
Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. -
Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12. - Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November-
Banyak helah dalam menghadapi pasangan. - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Degil dan engkar dengan pasangan. - Tidak suka dikongkong oleh pasangan. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Tidak menghargai perhubungan. - Sambil lewa dalam perhubungan. - Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. - Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan. - Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4,7

Disember-
Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan - Curang dalam percintaan. - Kurang berkerjasama dengan pasangan. - Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru - Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12

PERINGATAN BUAT ANA

PAGI AHAD NI ANA DENGAR SATU HADIS NABI DARI RADIO IKIM..MAKSUDNYA DIHARI KIAMAT ALLAH BERTANYA DIMANAKAH JIRAN-JIRANKU ..MALAIKAT PUN BERTANYA SIAPAKAH JIRAN JIRAN ITU?mAKA ALLAH BERKATA..JIRAN JIRAN KU IALAH ORG YG SELLALU MEMBACA ALQURAN DAN YANG SELALU MEMAKMURKAN MASJID..

Saturday, May 17, 2008

SABTU YANG MEMENATKAN


HAI! Hari SABTU ni membuat ana agak letih.HEHE.SEBABNYA KENA KEMAS RUMAH LA PEPAGI NI....JAP LAGI PUKUL 2 PTG NAK GI MENGAJAR MENGAJI PULAK..SAMPAILAA PUKUL 4 PTG..

TU.TENGOKLA GAMBAR di atas TUU..MUKA TOYe !!MUKA PENAT LAAA..HEHEH
Penat penat tapi biasa kalau ana penat mesti terlupa nak ingatkan Allah..Ampunkan dosaku Ya Allah !!!Ana nak cuba ubah diri supaya sentiasa ingat kan Pencipta diwaktu penat..Maklumlaa diwaktu penat,hanya nampak bantal ajer..
Ya allah..Kau laa segala-galanya sekarang ni buat diri Ku..Tanpa MU siapalah aku.Terima Kasih kerana berikanku petunjuk..Petunjuk supaya aku melupakan ciptaan Mu yang banyak mengingati dunia....

Friday, May 16, 2008

SLAMAT HARI GURU SOHAINA



Hari ini 16 MEI 2008 adalah hari guru..bermakna dah 3 tahun ana menjadi guru j-QAF.Sedih dan terharu jugaklaa sebab Allah mengizinkan berkhidmat sebagai seorang pendidik anak-anak islam. Ana begitu bersyukur kepada Pencipta sehingga berasa begitu sedih di pagi jumaat ini.Apabila menyanyikan lagu GURU MALAYSIA beramai-ramai,lagi laa bertambah sedih..Ditambah lagi kesedihan apabila hari ni kami menyambut majlis persaraan seorang guru pemulihan,Dia dah menamatkan perkhidmatannya tapi ana baru nak bermula sebagai seorang guru biasa..Cita-cita pun masih jauh lagi...Bermula dari guru biasa ini laa..ana akan berusaha untuk naik lagi keperingkat yang lebih tinggi dengan pertolongan dari Allah dan orang atasan..


Acara-acara hari ni seperti tahun lepas hanya laa bermain bola jaring,ana tak berminat dengan permainan itu,jadi ana duduk jer dalam bilik guru dan membaca quran..memang dah rutin harian dalam bilik guru,ana mesti membaca surah-surah tertentu yang menjadi amalan ana..tetiba datang laa seorang cikgu yang tak turun kepadang jugak.Dia minta ana mendengar bacaan ayat Quran yang dibacanya. Jadi ana pun betulkan kesilapan tajwidnya..


Kemudian murid-murid kesayangan pun datang bagi hadiah kat ana kat dalam bilik guru nii..ana pun suruh laa mereka bukak hadiah tu semua sebab ana malas nak bawak balik sampah pembalut hadiah tu..heheh..mereka dah selesai bukak..ana suruh mereka kuar dari bilik guru..hehe jahat tak ana niiii..


Sekejap jer masa berlalu,dan dah pukul 12 tengahari,,masa untuk pulang kerumah..abah ana nak ke masjid untuk solat jumaat,,dia perlukan kereta ana.ana pun terus pecut balik..heheh.tiap jumaat memang ana laa org yg first balik ..hehe.dah balik umah,,apalagi ana pun membuta laa,,lauk dah dibeli oleh abah ana..tapi ana tak makan pun..diet beb...hehhe.


Alamak dah pukul 2.30 ptg ,ana masuk mengajar kelas agama petang kat sekolah..seronok hari ni mengajar petang sebab ramai murid tak datang..hehe.dah pukul 5ptg,,ana tak balik terus kerumah lagi tapi ana gi rendek jap sesorang kat kedai kereta secondhand..hajat dihati nak beli kereta Honda Accord tapi takde rezeki sebab 3 buah kereta Honda secondhand yang ana tanya tu dah dibooking oleh orang lain..anapun balik jer laa kerumah dan solat asar..ana dok fikir nii..nak bagi kereta kancil ni untuk ayahanda ana ..masih esok nak survey kereta untuk ana lagi..


Dah maghrib nii..ana nak solat dan nak gi mengajar mengaji pulak nii..sampai disini dulu yerr..

INILAH ANA MENGIKUT BULAN MASIHI NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijakp
enuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamiks
sifat yg berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani,
pemurah setia dan byk kesabarant
erlalu degil dan keras hati
apabila hendak,akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah